Umum

JPJ ePlate baharu dibuka untuk tempahan bermula 9 September

Gambar Facebook

Kenderaan tanpa pelepasan gas pencemaran (ZEV) sedia ada tidak diwajibkan penggunaan rekaan plat khas JPJePlate baharu, bagaimanapun, sekiranya berminat pemilik sedia ada masih boleh membuat tempahan nombor indeks.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, JPJePlate boleh didapati pada harga RM98 satu set termasuk plat hadapan dan belakang, pelekat cermin sistem Pengecaman Frekuensi Radio (RFID) serta caj penghantaran.

Beliau berkata, syarikat pengeluar dan pengedar kenderaan boleh menempah JPJePlate bagi pihak pelanggan yang membeli kenderaan ZEV baharu melalui laman sesawang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula hari ini.

“Pelaksanaan JPJePlate dibuat bagi melipatgandakan langkah pendigitalan, meningkatkan keselamatan jalan raya dan mewujudkan evolusi baharu dalam sistem pengenalan kenderaan atau ‘Vehicle Identification System’ (VIS).

“JPJePlate tidak melibatkan kenderaan konvensional kerana keutamaan ketika ini adalah memastikan pelaksanaannya terhadap ZEV berjalan lancar,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran JPJePlate bertempat di Dewan Pusat Kreativiti dan Inovasi Global Malaysia (MaGIC), di sini pada Isnin.

PALING POPULAR

To Top