Dalam dunia hari ini, kebersihan dan sanitasi semakin diberi perhatian dan diiktiraf sebagai elemen penting dalam operasi syarikat moden. Oleh itu, kita mesti menghargai dedikasi tanpa henti pekerja pembersihan profesional yang bekerja di sebalik tabir bagi memastikan persekitaran sentiasa bersih, selamat, dan sihat. Para wira tanpa nama ini biasanya beroperasi di luar waktu kerja biasa untuk mengekalkan piawaian kebersihan yang ketat. Mereka berusaha tanpa penat lelah untuk memastikan kebersihan dan keselesaan di pelbagai persekitaran.
Pada hari yang penuh bermakna ini, Kärcher Malaysia, bersama komuniti global, dengan bangganya menyambut ulang tahun ke-10 Hari Penghargaan Pekerja Pembersihan (TYCD). Inisiatif global ini dimulakan di New Zealand dan kini memasuki dekad kedua, dengan matlamat untuk mengiktiraf sumbangan pekerja pembersihan profesional yang telah memberikan impak besar dalam kehidupan seharian kita.
Profesion sebagai pekerja pembersihan selalunya kurang mendapat pengiktirafan yang sewajarnya. Melalui sambutan Hari Penghargaan Pekerja Pembersihan, kami berharap dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap mereka. Hakikatnya, sumbangan mereka yang besar membolehkan orang ramai di seluruh dunia menjalani kehidupan harian mereka dengan lebih mudah dan selesa di tempat kerja dan rumah.
Untuk merealisasikan objektif ini, Kärcher Malaysia pada tahun ini bekerjasama dengan Edisijuta Services Sdn. Bhd. untuk menganjurkan acara sambutan yang bermakna di Pavilion Kuala Lumpur. Acara ini memberi penghargaan kepada dedikasi pekerja pembersihan, sambil mengiktiraf profesionalisme dalam bidang pembersihan. Sebagai sebahagian daripada acara tersebut, Kärcher turut menganugerahkan Anugerah Pembersihan 2024 yang berprestij, sebagai penghargaan kepada pekerja pembersihan yang menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memberikan perkhidmatan berkualiti dan menepati amalan terbaik industri.
Antara tetamu terhormat yang hadir:
Mr. William Kiew, Managing Director, Kärcher Malaysia
Mr. Indran, Managing Director, Edisijuta
Mr. Raj, General Manager, Edisijuta
Mr. Krish, Chief Financial Officer, Edisijuta
Ms. Michelle Lim, Director of Operations, Pavilion Kuala Lumpur
Asal Usul Hari Terima Kasih Pekerja Pembersihan
Hari Terima Kasih Pekerja Pembersihan diperkenalkan pada tahun 2015 di New Zealand oleh organisasi industri tempatan untuk penyedia perkhidmatan bangunan (BSCNZ) dengan kerjasama Kärcher. BSCNZ mempunyai rangkaian syarikat yang kukuh yang menyediakan perkhidmatan pembersihan profesional di kawasan kerja. Melalui komitmen mereka, Hari Terima Kasih Pekerja Pembersihan telah diperluas secara ekstensif dan mencatatkan kejayaan yang besar. Bersama-sama rakan kongsi tempatan yang sama dari negara-negara yang mengambil bahagian, Hari Terima Kasih Pekerja Pembersihan kini meraih reputasi global. Para pekerja pembersihan yang bekerja keras di seluruh dunia yang sering bekerja di luar waktu pejabat biasa kini perlu diberi pengiktirafan.
Mengapakah Kärcher merupakan sebahagian daripada Hari Terima Kasih Pekerja Pembersihan?
Kärcher mempunyai sebuah pasukan yang kukuh dengan 16,000 pekerja merentas 82 negara, bekerjasama untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih bersih. Sebagai sebuah syarikat keluarga yang memberikan tumpuan pada kelestarian, kami amat percaya bahawa perkara yang penting dalam kehidupan memerlukan penjagaan tambahan untuk memastikannya dapat bertahan dalam menghadapi ujian peredaran masa dan juga mengekalkan nilainya pada masa hadapan. Hal yang demikian adalah benar terhadap rumah kita, persekitaran kita, komuniti kita, tempat kerja kita, warisan budaya kita dan juga tradisi lama kita secara lebih meluas. Dengan mengambil bahagian dalam Terima Kasih Pekerja Pembersihan, Kärcher kini mengambil langkah selanjutnya dalam komitmennya terhadap tanggungjawab sosial dan kelestarian. Kärcher ialah pencetus bersama Hari Terima Kasih Pekerja Pembersihan dan sejak awal lagi telah mengisytiharkan komitmennya untuk memberikan tumpuan pada kerja para pekerja pembersihan dan berhasil meraih kejayaan yang besar! Lebih 50 negara sudah mengambil bahagian dalam kempen ini.