PENYERANG dan bintang Manchester United, Mason Greenwood, 20 tahun, didakwa melakukan serangan terhadap kekasihnya yang juga seorang model, Harriet Robson.
Di laman Instagramnya yang kini sudah dipadamkan, Robson memuat naik beberapa gambar dirinya berlumuran darah dan lebam di bahagian mulut, yang didakwa akibat serangan Greenwood.
Robson turut berkongsi video, termasuk rakaman suara, yang mana Greenwood dilaporkan telah melakukan serangan seksual sekian lama terhadap kekasihnya itu.
Dalam kapsyen menerusi paparan Story di Instagram, Robson berkata: ‘Kepada semua yang ingin tahu, ini yang sebenarnya dilakukan Mason Greenwood terhadap saya’.
Selain cedera di bahagian mulut, Robson turut dilihat lebam di bahagian muka, badan dan paha.
Susulan itu, Manchester United dalam satu kenyataan berkata, pihaknya tidak akan memberi sebarang komen sehingga dakwaan itu disahkan sebagai benar oleh pihak berkuasa.