Umum

Kemalangan 2 SUV, seorang wanita maut

Gambar JBPM

Seorang wanita maut, manakala seorang lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan 2 kenderaan SUV di Jalan Temerloh-Jerantut pada Khamis.

Mangsa, wanita yang dikenali Hamidah Ismail berusia 61 dan beralamat Kampung Damak, Jerantut meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, kemalangan membabitkan SUV jenis Perodua Kembara dan Hyundai Santa Fe.

Dilaporakan beliau berkata seramai 5 anggota dan 2 pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh bersama 2 jentera dikerahkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada jam 9.23 pagi.

“Berlaku kemalangan melibatkan dua kenderaan yang telah bertembung.

“Terdapat seorang iaitu lelaki dewasa iaitu pemandu Hyundai cedera dan seorang perempuan dewasa iaitu pemandu Kembara tersepit dan meninggal dunia disahkan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ujarnya, operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Mangsa yang cedera telah diberikan rawatan awal oleh anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS),” jelas beliau.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top