Business

Kemeriahan “Surrr-prizes” Raya di Setiap Sudut Pusat Beli-Belah IPC

Sama ada untuk persediaan berpuasa, atau meraikan ketibaan Syawal mahupun sekadar meluangkan masa bersama yang tersayang, IPC Shopping Centre menawarkan Surrr-Prizes Raya di setiap sudut pusat beli-belah tersebut kepada para pengunjung. Mulai sekarang sehingga 6 April, pengunjung boleh menikmati kehangatan suasana Ramadan dan Raya bermula di ruang legar utama yang dihias indah, seterusnya di Marketplace Raya, juga terdapat persembahan menarik, bengkel seni kraf tangan, cabutan bertuah mingguan untuk “Belanja dan Menang”, jualan sajian enak yang eksklusif, serta bermacam hadiah diberikan dengan setiap pembelian. Untuk semangat kelestarian di bulan Ramadan ini, pembeli boleh mendapatkan mata ganjaran Tack Poin sekali ganda apabila mereka mengitar semula logam/besi, aluminium, kertas, dan tekstil di Recycling & Buy-Back Centre (RBBC) melalui aplikasi IPC, dari sekarang sehingga 31 Mac.

Ramadan dan Syawal adalah bulan-bulan perayaan yang disambut bersama kesemua ahli keluarga bagi mengeratkan lagi tali silaturahim, meraikan kesuciannya, dan meningkatkan amalan. Menyedari tentang pentingnya bulan-bulan ini, IPC Shopping Centre komited untuk menyediakan kejutan Surrr-Prizes Raya buat para pengunjung di setiap sudut yang mereka kunjungi, menawarkan keriangan dan mengukir detik bermakna kepada sesiapa sahaja yang melangkah masuk.

Surrr-Prize Raya Penuh Kemeriahan – Cabutan Bertuah, Hadiah dengan Setiap Belian, dan Ganjaran Hebat untuk Dimiliki

Sepanjang tempoh kempen, ahli-ahli program Tack Club IPC yang berbelanja minimum sebanyak RM30 dalam satu resit boleh menebus tiga (3) tiket pada hari biasa dan satu (1) tiket untuk hujung minggu dan cuti am di i-Counter yang terletak di Aras G bagi menyertai cabutan bertuah mingguan IPC Shopping Centre dan berpeluang memenangi sebahagian daripada hadiah bernilai RM24,000 termasuklah kad hadiah H&M, baucar tunai Kedai Buku Popular, pembesar suara tanpa wayar Sony, Airpod Apple, dan banyak lagi. Setiap Isnin, 10 pemenang bertuah akan diumumkan di laman Facebook dan Instagram IPC Shopping Centre, dan ini tentunya menambah keseronokan dan keriangan kesemua pengunjung yang mengambil bahagian.

Selain cabutan bertuah, pembeli turut berpeluang untuk terus menebus hadiah daripada i-Counter seperti:

  • e-Baucar RM10 dan set paket Raya dengan pembelian minimum RM200 dalam dua (2) resit
  • e-Baucar RM30 dan set paket Raya dengan pembelian minimum RM500 dalam tiga (3) resit
  • Beg kembara Tack yang boleh dibesarkan dan set paket Raya dengan pembelian minimum RM1,000 dalam tiga (3) resit untuk pembeli bukan ahli serta RM800 untuk ahli.

Dengan setiap pembelian, ahli Tack Club juga boleh menebus poin Tack Club pada hari yang sama di i-Counter. Poin tersebut akan dipaparkan di aplikasi mudah alih IPC, di mana ia boleh digunakan untuk bermacam-macam ganjaran menarik seperti e-baucar pengecasan EV selama 30 minit, e-baucar parkir percuma untuk 3-jam pertama, di samping  pelbagai barangan IPC daripada katalog yang telah dikemas kini, yang pastinya memberikan lebih banyak manfaat dan nilai kepada pembeli yang sedang melakukan persiapan menjelang Hari Raya. Mereka yang bekerja berdekatan dengan pusat beli-belah juga boleh menuntut e-baucar bernilai RM10 dengan hanya menunjukkan kad kerja mereka di i-Counter pada hari bekerja (kecuali cuti am) dari 3 hingga 28 Mac, di antara pukul 5 petang hingga 7 malam, serta mengambil peluang untuk menikmati iftar di ruang yang selesa dengan pelbagai pilihan restoran seperti di Absolute Thai, Taste of Medan, Empire Sushi, BananaBro, Nando’s dan banyak lagi tempat menjamu selera pilihan ramai di IPC Shopping Centre.

Berbuka Puasa dengan Tawaran Hidangan Surrr-prize (3 Mac hingga 6 April)

Sepanjang Ramadan, IPC Shopping Centre mengalu-alukan kehadiran ahli lama dan baharu program Tack Club dengan Tawaran Hidangan Surrr-prize yang lazat. Hanya dengan berbelanja sebanyak RM30 pada hari biasa, ahli boleh menebus baucar potongan RM15 untuk set hidangan terpilih di restoran-restoran yang mengambil bahagian termasuklah Fuiyoh! It’s Uncle Roger Restaurant, Hana Japanese Dining, ManJôe Taiwanese Dumplings, dan banyak lagi. Dengan baucar yang sah sepanjang minggu itu, pengunjung boleh menikmati pelbagai tawaran makanan lazat serta minuman yang menyegarkan bermula dari hanya RM3.30 untuk setiap orang sambil mencipta detik bermakna bersama keluarga dan teman-teman tersayang.

Lakukan persiapan Syawal di Raya Marketplace (13 Mac hingga 6 April)

Pengunjung yang mahu membeli kelengkapan menyambut Aidilfitri bolehlah singgah ke Raya Marketplace yang terletak di ruang legar utama di Aras G. Mulai 13 Mac, ruang legar tersebut akan dihiasi dengan rumah Melayu berkonsepkan moden dengan pilihan warna-warna mempesonakan serta terdapat suntikan elemen batik bagi menghasilkan gabungan keharmonian dan kontemporari, sebuah ruang yang cukup sempurna untuk mengabadikan gambar kenangan. Ruangan tersebut disambungkan dengan Raya Marketplace bagi memudahkan para pengunjung singgah membeli kuih raya, pakaian, aksesori dan macam-macam lagi.

Sepanjang Hari Raya, pengunjung boleh menikmati persembahan sempena Hari Raya yang terdiri daripada alunan muzik tradisional seperti Caklempong dan Dikir Rebana yang mengiringi tarian Kompang Tari dan Tarian Arab di samping merakam momen-momen indah bersama maskot Små Club Buddies yang akan berjalan-jalan di sekitar ruang tersebut. Anak-anak yang berdaftar di bawah IPC’s Små Club menerusi aplikasi mudah alih IPC juga boleh menyertai bengkel kraf tangan yang disediakan, untuk menambahkan lagi keriangan mereka di musim perayaan ini.

Ms Karyn Lim, Pengurus Besar IPC Shopping Centre berkata, “Di IPC Shopping Centre, kami sentiasa fokus untuk mewujudkan sebuah ruang yang sesuai untuk semua orang – keluarga, individu, dan masyarakat sekitar. Apabila kami bertindak melancarkan konsep baharu kami, “The Lagom Life, It’s Just Right“, kami berusaha untuk memberikan setiap yang datang berkunjung, bukan sahaja apa yang mereka perlukan malah pengalaman yang bermakna. Melalui kempen Surrr-prize Raya ini, kami berharap setiap pengunjung gembira sepanjang meluangkan masa di sini, mendapat ganjaran, dan terhibur, di samping mengukir memori indah yang tidak dapat dilupakan bersama yang tersayang.”

Tambah beliau lagi, “Untuk menambahkan lagi keseronokan sambutan Hari Raya, kami turut menawarkan ahli baharu Tack Club, sebanyak 800 tambahan mata ganjaran bersama 200 Poin Tack yang sedia ada. Pelanggan juga boleh mendapat Tack Poin  sekali ganda apabila mereka mengitar semula besi/logam, aluminium, kertas, dan tekstil di di Recycling & Buy-Back Centre (RBBC) melalui aplikasi IPC, yang berakhir pada 31 Mac. Bagi mereka yang ingin nampak berseri di pagi Raya untuk sesi ‘OOTD‘, dengan setiap pembelian minimum RM300 di mana-mana kedai fesyen kami, mereka akan diberikan beg tote dan aiskrim secara percuma.”

Untuk maklumat lanjut tentang sambutan Surr-prize Raya, sila layari ipc.com.my atau ikuti IPC Shopping Centre di FacebookInstagram, dan TikTok untuk sebarang promosi terkini, acara dan kemas kini.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top