Umum

Kenyataan Zahid Hamidi di himpunan MIC menjadi tanda tanya

Ucapan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mendapat perhatian ramai selepas dia secara terbuka berkata, kepemimpinan parti kompenan BN itu akan menghadapi perbicaraan jenayah sekiranya mereka tewas lagi dalam pilihan raya umum (PRU).

Bercakap pada Perhimpunan Agung MIC ke-76 pada Isnin lalu, Ahmad Zahid mendakwa, bagi mengelakkan hal itu berlaku dia ‘mewajibkan’ BN untuk mencapai kemenangan dalam PRU ke-15 nanti.

“Kalau kita kecundang, nasib kita lebih buruk daripada PRU ke-14.

“Bukan saya saja kena dakwa (di mahkamah), Tok Mat (Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan), kamu dalam senarai menunggu. Tan Sri Vicky (Presiden MIC SA Vigneswaran) jangan ketawa… kamu juga termasuk. Apa lagi Datuk Seri Saravanan (timbalan presiden MIC) dan menteri sumber manusia sementara).

“(Presiden MCA dan menteri pengangkutan sementara Wee) Ka Siong? Mereka tidak akan melupakan kamu. Kamu juga akan didakwa. (Menteri pertahanan sementara) Hisham (Hishammuddin Hussein) jangan senyum.

Ternyata ucapan Zahid yang sangat jujur itu membuka mata semua pihak yang menganggap Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini bukanlah untuk menambah baik keadaan di Malaysia tetapi untuk membebaskan kluster mahkamah Umno dan BN daripada didakwa di mahkamah dan dihantar ke penjara!

Adakah kesemua nama yang disebut oleh Zahid Hamidi terlibat dalam scandal rasuah?

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top