Umum

Keputusan PRK Mahkota dijangka seawal 9 malam

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ramlan Harun menyatakan keputusan PRK Mahkota dijangka diketahui seawal 9 malam ini.

Beliau dilaporkan berkata, di Kluang ini, logistik agak mudah, tempat mengundi berhampiran dengan kawasan bandar. Jadi, kita jangka pukul 9 malam dah boleh tahu keputusan, katanya selepas meninjau pusat mengundi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini.

Beliau turut menjangkakan peratusan keluar mengundi bagi PRK kali ini melebihi 60% berbanding 57% pada PRN lalu.

Kalau kita tengok PRN lepas 57%. Jadi, kita harap kali ini ada peningkatan, katanya sambil memaklumkan peratusan keluar mengundi sehingga 12 tengah hari tadi ialah 29.08%.

PRK Mahkota menyaksikan pertembungan antara Syed Hussien Syed Abdullah dari Barisan Nasional dan wakil Perikatan Nasional, Mohamad Haizan Jaafar.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya Sharifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos lalu.

Beliau memenangi kerusi itu pada PRN Johor 2022 dengan majoriti 5,166 undi.

 

 

PALING POPULAR

To Top