Umum

Kerajaan Arab Saudia anggap pengurusan Tabung Haji terbaik

Gambar Hiasan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar berkata operasi haji tahun ini dilaksanakan sangat memuaskan dengan kerajaan Arab Saudi menganggap pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) adalah terbaik.

Menurut beliau, perkara itu dizahirkan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah secara peribadi kepadanya baru-baru ini.

“Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah secara peribadi maklum kepada saya bagaimana pengurusan TH memang pada beliau dianggap yang terbaik.

Kita juga sedia maklum atas dasar pengurusan pentadbiran terbaik itu kerajaan Arab Saudi telah menganugerahkan Labaittom kepada TH secara konsisten tiga tahun berturut-turut, katanya.

Na’im berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut kumpulan terakhir jemaah haji Malaysia sebanyak 270 orang yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, lewat malam tadi.

Beliau berkata, jemaah haji Malaysia juga menerima pujian kerana berdisiplin, mempunyai ilmu pengetahuan dan budi pekerti sewaktu melaksanakan Rukun Islam kelima itu.

Yang ini (sebab) peranan TH mainkan sebelum mereka (jemaah) bertolak, mereka hadir kursus asas dan haji perdana, katanya.

Sementara itu, Na’im merakamkan tahniah kepada 31,600 jemaah haji negara pada tahun ini kerana berjaya mengharungi cabaran pelaksanaan kemuncak ibadat haji sekali gus menyempurnakan Rukun Islam

Tahun ini (juga) hampir semua jemaah haji maklumkan makanan dan pengangkutan baik. Sudah tentu ada (beberapa) kekurangan dan TH ambil pendekatan buat ‘post mortem’ dan bincang untuk tambah baik, katanya.

Sejumlah 100 penerbangan sewa khas disediakan oleh AMAL by Malaysia Airlines dan Saudia Airlines bagi membawa semua jemaah haji pulang ke tanah air bermula 24 Jun lalu sehingga penerbangan akhir semalam.

Turut hadir Pengerusi TH Abdul Rashid Hussain dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Syed Hamadah Syed Othman.

 

 

PALING POPULAR

To Top