Kerja-kerja penyenggaraan dan penambahbaikan aset-aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP 1) dilaporkan siap sepenuhnya.
Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, kerja-kerja tersebut telah selesai kira-kira 2 jam 45 minit lebih awal dari tempoh yang sepatutnya.
“Alhamdulillah, kerja-kerja tersebut telah selesai kira-kira 2 jam 45 minit lebih awal dari jadual asal
“Bekalan air akan diagihkan berperingkat bermula hari ini,” jelas Amirudin menerusi akaun Twitternya.
Saya telah turun meninjau kerja-kerja penyelenggaraan di Loji Rawatan Air SSP 1. Alhamdulillah kerja-kerja tersebut telah selesai dan loji sudah mula beroperasi jam 8.15 mlm tadi, 2 jam 45 minit lebih awal dari jadual asal. Bekalan air akan diagihkan berperingkat bermula esok. pic.twitter.com/GWFQzzTMW0
— Amirudin Shari (@AmirudinShari) October 13, 2021
Pada masa sama, beliau mengesahkan bahawa loji tersebut telah mula beroperasi jam 8.15 malam tadi selepas beberapa jam kerja-kerja penyenggaraan dijalankan.