Kerry, peneraju global bagi rasa dan pemakanan, baru-baru ini membuka sebuah kemudahan Penciptaan-Bersama Pelanggan yang diperluas di Bang Na, Bangkok, bagi mengukuhkan kapasiti syarikat untuk memupuk perkongsian inovasi yang kreatif bersama pelanggan di wilayah ini.
Ruang baharu ini menampilkan suite inovasi pelanggan dan makmal minuman terkini untuk aplikasi dalam tenusu, minuman menyegarkan serta minuman berkarbonat. Teknologi dan bakat Pusat ini membolehkan Kerry menyokong pelanggan di seluruh rantau Asia Tenggara yang sangat dinamik dan meningkatkan reputasinya sebagai hab kecemerlangan inovasi rasa, minuman dan makanan.
Industri makanan dan minuman Thailand adalah besar dan semakin berkembang, dengan nilai pasaran dijangka mencecah USD5.4 juta menjelang tahun 2027.[1] Faktor-faktor yang mendorong pertumbuhan termasuk pendapatan yang lebih tinggi, pemulihan pelancongan dan peralihan ke arah pilihan makanan yang lebih sihat.
Pasaran minuman Thai merupakan penyumbang penting kepada keseluruhan sektor, dijangka berkembang daripada USD4.4 bilion pada tahun 2022 kepada USD6.7 bilion menjelang tahun 2025.[2] Thailand merupakan pengeksport daging siap lain yang terbesar di dunia dengan nilai eksport sebanyak USD3.1 bilion pada tahun 2022.[3]
Kerry telah bertapak di Thailand sejak tahun 2002. Melalui inovasi dipacu pandangan pengguna dan portfolio teknologi sokongan sains yang luas, Kerry memainkan peranan penting dalam menyampaikan penyelesaian rasa dan pemakanan merentas sektor-sektor termasuk minuman, daging dan perkhidmatan makanan serta mengukuhkan kedudukannya sebagai rakan kongsi penyelesaian yang mantap melalui pasukan diterajui tempatan yang terhubung secara global.
Selain daripada Pusat Penciptaan-Bersama, Kerry mengendalikan tapak pembuatan di Bangpoo, Thailand. Pusat Kecemerlangan untuk teknologi daging ini menyokong pelanggan di Asia Tenggara serta Jepun dan United Kingdom, seterusnya menunjukkan ketegasan terhadap kualiti dan keselamatan makanan untuk memenuhi keperluan eksport.
Ulas Vegin Dhiravegin, Pengurus Besar Kerry Thailand: “Pejabat baharu Kerry dan Pusat Penciptaan-Bersama merupakan aset yang amat penting dalam misi syarikat untuk memacu pertumbuhan dan kejayaan dalam pasaran berpotensi tinggi Thailand dan membina hubungan kukuh kami bersama pelanggan. Dengan pelaburan ini, Kerry berada pada kedudukan yang baik untuk menerajui sektor minuman dan menyampaikan perkongsian serta inovasi ciptaan bersama yang lebih memberi impak yang akan membentuk masa depan industri ini. Saya yakin ruang ini akan membawakan kepada kami peluang dan kejayaan baharu.”