IPOH – Polis menyerahkan semula kertas siasatan mengenai kes pengawal keselamatan yang maut selepas beberapa bulan terlantar akibat diserang penyewa sebuah kondominium di sini kepada Pejabat Peguam Negara.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya sedang menunggu arahan bagi sebarang tindakan lanjut selepas mendapat keputusan daripada Jabatan Peguam Negara.