Umum

Kes Nur Farah Kartini, polis tahan teman lelaki

Polis telah menahan teman lelaki mangsa kes bunuh, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang dijumpai mayatnyadi ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, pada hari Isnin.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, pihak polis telah menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 26 tahun, yang juga merupakan seorang penjawat awam.

“Siasatan telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dilaporkan Sinar Harian.

Hussein berkata, mayat wanita itu ditemui kira-kira jam 6 petang Isnin.

“Pemeriksaan awal, pihak polis mengesahkan mayat tersebut dipercayai adalah mangsa yang dilaporkan telah hilang berkait laporan di Tanjung Malim pada Rabu lalu,” katanya.

Media pada Isnin melaporkan perkembangan kes kehilangan Nur Farah Kartini yang dipercayai hilang sejak Rabu lalu, dengan penemuan mayatnya di Felda Gedangsa, Kuala Kubu Baharu, di sini dipercayai dibunuh.

Terdahulu, dilaporkan mangsa dipercayai hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Laporan polis kemudiannya dibuat atas kehilangan mangsa yang juga merupakan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu pada jam 1.56 pagi.

 

PALING POPULAR

To Top