Kesemua 56 calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini, menandatangani dokumen aku janji sebagai komitmen memerangi rasuah.
Aku janji ini dilakukan untuk membuktikan komitmen parti yang sangat tinggi dan berterusan dalam perjuangan membanteras rasuah seterusnya mewujudkan sebuah pentadbiran kerajaan negeri yang bersih dan berintegriti.
Antara inti pati yang terkandung dalam borang ‘Aku Janji Calon Pilihan Raya Negeri’ yang ditandatangani calon itu ialah, aku janji tersebut yang turut merangkumi pematuhan sepenuhnya undang-undang seperti mana diperuntukkan dalam Akta SPRM 2009 dan undang-undang berkaitan semasa menjalankan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor.
Kesemua calon Perikatan Nasional turut berjanji untuk melaporkan kepada SPRM dengan segera sebarang bentuk jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pengetahuan atau melibatkan kakitangan di bawah selian masing-masing.
Muhyiddin Yassin selalu Pengerusi Perikatan Nasional berkata sekiranya sesuatu pentadbiran tiada intergriti, dan tidak jadikan ia sebagai satu pegangan makan akan kelihatan kerosakan sesuatu negeri itu.
Ujarnya, “Contoh apa yang sudah berlaku di hadapan mata kita sekarang ini. Jenayah penyelewengan 1MDB dan SRC adalah antara contoh klasik bagaimana berbilion wang negara hilang begitu sahaja dan sebahagiannya masuk ke dalam akaun bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,”
“Akibat perbuatan ini, kerajaan terpaksa membayar hutang keseluruhan berjumlah RM50 bilion sehingga tahun 2039”.
Tambahannya, dalam Rancangan Malaysia Ke-12 sebanyak RM21 bilion diperuntukkan untuk membayar hutang 1MDB dan wang ini adalah wang rakyat.
Begitulah besar erti dan nilai integriti kepada kita semua kerana tanpa integriti negara dan masyarakat kita akan rosak.
“Oleh kerana itulah saya tidak jemu-jemu mengingatkan semua calon jika dipilih nanti jangan sesekali mengulangi apa yang pernah dilakukan oleh segelintir pemimpin di peringkat persekutuan dan sentiasalah menjunjung tinggi nilai integriti bagi memastikan amalan politik serta pentadbiran dilakukan dengan lebih bersih, berbanding parti-parti lain,”
“Sekali lagi saya menyeru pengundi di negeri Johor, seluruh bangsa Johor agar menjadikan pilihan raya negeri kali ini sebagai permulaan pembentukan sebuah kerajaan yang berasaskan nilai integriti dan prihatin rakyat seperti yang ditawarkan oleh Perikatan Nasional”.
Beliau juga menyeru agar, agar semua pengundi di Johor turun dan balik mengundi bagi menyekat kumpulan kleptokrat dan politik lama mereka yang berasaskan rasuah dan penyelewengan terus mentadbir.