Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan melantik semula Azam Baki sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dalam suatu kenyataan, Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali berkata lanjutan perkhidmatan selama setahun itu berkuat kuasa Ahad ini.
Ini adalah pelanjutan kontrak kali kedua dibuat terhadap Azam selepas beliau mencapai usia wajib bersara tahun lalu.
Lanjutan tempoh perkhidmatan yang pertama Azam yang sepatutnya tamat 12 Mei pada tahun lalu dilanjutkan selama setahun.
Terdahulu, Azam dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mac 2020 susulan peletakan jawatan Latheefa Koya pada tahun yang sama.