Umum

Kilang HDPE dibuka di Kelantan bagi atasi masalah air

Gambar Hiasan

Kilang paip ‘High Density Polythylene’ (HDPE) pertama dibuka di Kelantan dijangka dapat mengatasi masalah bekalan air di negeri Kelantan.

Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohamed Fadzli Hassan, pembukaan kilang tersebut selaras dengan komitmen kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu ‘Non Revenue Water” yang sangat kritikal sehingga menjejaskan bekalan air bersih dan terawat di seluruh negeri.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kilang HDPE Kel Intaaj Sdn Bhd dimiliki oleh Kelantan Utilities Mubarakan (KUM) yang juga syarikat induk Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

KUM mengadakan usaha sama dengan syarikat yang prominen dalam sektor pembuatan paip HDPE, iaitu Duramine Snd Bhd.

Mohamed Fadzli berkata, antara jabatan dan syarikat yang menggunakan paip keluaran kilang Duramine ialah Pengurusan Aset Air Berhad, Syarikat Air Negeri Sembilan dan Air Selangor Sdn Bhd.

Kilang Kel Intaaj telah memperoleh ‘Certificate of Completion and Compliance’ dan kelulusan Lesen Pengilang daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.

“Bangunan kilang paip Kel Intaaj ini berkeluasan 34,744 kaki persegi dan tanah tapak kilang ini berkeluasan 1.7 hektar yang dipajak daripada Perbadanan Menteri Besar Kelantan,” katanya.

Menerusi ‘Current State Assessment’ yang diajalankan ke atas AKSB, didapati antara punca masalah bekalan air di Kelantan ialah paip yang sudah terlalu lama dan kecekapan sumber manusia tidak dimanfaatkan sepenuhnya, katanya.

Beliau berkata, pengoperasian kilang ini bukan sahaja menunjukkan komitmen kerajaan negeri untuk meningkatkan mutu khidmat bekalan air bersih malah usaha untuk menarik pelaburan sekali gus merancakkan ekonomi Kelantan.

 

PALING POPULAR

To Top