Umum

KKM arah operasi mesin layan diri vape dihentikan

Gambar Hiasan

Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengarahkan pengurusan sebuah pusat beli belah menghentikan operasi mesin layan diri vape di premisnya serta-merta.

Telah tular di media sosial mesin layan diri bagi mendapatkan produk cape, yang mendapat pelbagai reaksi termasuk kritikan dari pengguna media sosial.

KKM dalam satu kenyataan menyatakan susulan aduan daripada orang awam, pihaknya telah bertemu dengan pihak pengurusan pusat membeli belah terlibat yang telah bersetuju menutup operasi mesin layan diri itu.

“Mereka bersetuju serta akur dengan saranan tersebut,” kata KKM.

KKM menjelaskan Seksyen 10 Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) melarang penjualan dan pameran semua produk merokok.

Katanya, peraturan berkaitan penjualan di mana larangan penjualan termasuk menerusi kaedah mesin layan diri adalah dilarang kini sedang diperhalusi dan akan dikuatkuasakan bersama Akta 852 setelah diluluskan.

“Selain itu, larangan penjualan rokok elektronik melalui mesin layan diri ini juga kesinambungan daripada larangan penjualan hasil tembakau seperti rokok, cerut dan tembakau lerai melalui mesin layan diri di bawah peraturan sedia ada iaitu Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 di bawah Akta Makanan 1983,” katanya.

Sebavaj persediaan ke arah penguatkuasaan akta bersama peraturan dan perintah di bawahnya, KKM telah mengadakan siri taklimat penguatkuasaan Akta 852 kepada semua pegawai penguatkuasa KKM dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara bermula 9 Jun.

“Ini adalah bagi memaklumkan tentang larangan-larangan yang terdapat di bawah Akta 852 dan peraturan di bawahnya termasuk larangan penjualan produk merokok melalui mesin layan diri,” katanya.

CEO Pusat Galen bagi Dasar Kesihatan dan Sosial Azrul Khalib menyifatkan petkara tersebut sebagai ‘membimbangkan dan mengecewakan’ kerana penyedia mesin layan diri membenarkan produk mereka digunakan untuk penjualan produk vape.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top