Umum

Kubur Zara Qairina Digali Semula Untuk Bedah Siasat

Gambar Facebook

Kubur kanak-kanak perempuan, Zara Qairina Mahathir, digali semula oleh pihak polis hari ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Muhibbah, Sipitang, Sabah, bagi tujuan bedah siasat.

Menurut laporan, proses penggalian bermula pada jam 9 pagi dan selesai kira-kira jam 11.30 pagi meskipun hujan lebat. Bedah siasat dijadualkan dijalankan di Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu, esok.

Polis mengesahkan tindakan ini dibuat susulan arahan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk membantu siasatan kes kematian Zara Qairina. Sebelum ini, AGC telah mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau gambar berkaitan kes tersebut di media sosial.

Keluarga terdekat dilaporkan hadir dan menyaksikan proses tersebut. Pihak berkuasa menegaskan siasatan akan diteruskan bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan.

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top