Umum

Lactalis Memperkenalkan PRIDE Family Milk Powder di Malaysia

PRIDE adalah jenama isi rumah yang dipercayai di Arab Saudi, sejak lebih 25 tahun lamanya, yang membekalkan produk tenusu berkhasiat kepada banyak keluarga. Terkini, di bawah naungan Lactalis, yang menjadi kegemaran ramai, jenama ini membawakan kelazatan rasa berkrim serta nutrien penting ke dalam rumah-rumah di Malaysia.

Dihasilkan untuk seisi keluarga, PRIDE Family Milk Powder bukan sekadar berkhasiat – malah ia juga mampu dimiliki dan merupakan pilihan yang sesuai untuk dijadikan minuman harian. Keenakan rasa lemak berkrim dan formulasinya yang mudah larut, walaupun di dalam air sejuk, menjadikannya pilihan terbaik sebagai minuman, untuk masakan dan dalam pembuatan kek.

Di Malaysia, kesihatan tulang adalah sesuatu yang semakin membimbangkan di semua peringkat umur. Daripada kanak-kanak yang perlukan asas tulang yang kukuh kepada golongan dewasa yang ingin mengekalkan gaya hidup aktif, dan untuk kesejahteraan warga emas, tulang yang kuat adalah amat penting. Namun, masih ramai yang tidak mendapat nutrisi yang mencukupi:

  • 94% kanak-kanak lelaki dan 97% kanak-kanak perempuan tidak mendapat kalsium harian yang diperlukan.
  • Kekurangan vitamin D yang semakin serius, terutamanya di kalangan wanita, mengurangkan penyerapan kalsium sehingga 80%
  • 15.3% rakyat Malaysia dan 1 daripada 3 warga emas (32.6%) menderita penyakit osteoporosis

Di sinilah PRIDE Family Milk Powder memainkan peranannya – solusi yang mampu dimiliki untuk menyokong tulang yang kuat dan kesejahteraan untuk semua ahli keluarga. Dengan hanya RM1 secawan, dua cawan sehari (dibantu oleh diet seimbang) dapat memenuhi pengambilan 700mg – 1000mg kalsium yang disyorkan.

Mengapa keluarga memilih PRIDE:

  • Rasa penuh berkrim – resipi yang digemari*, dipilih kerana rasanya yang berkuali tinggi dalam ujian rasa.
  • Tinggi kandungan Kalsium & Vitamin D, dengan Magnesium – Untuk kesihatan tulang yang kuat dan gigi yang sihat. Hanya dua cawan setiap hari (sebagai sebahagian daripada diet seimbang) membantu memenuhi pengambilan kalsium yang disyorkan iaitu 700mg untuk kanak-kanak dan 1000mg untuk orang dewasa. Vitamin D dan Magnesium juga menyokong penyerapan kalsium yang lebih baik.
  • Kaya dengan protein – Menyokong pertumbuhan dan pemulihan otot
  • Mengandungi Vitamin A, B2, D dan E – Meningkatkan imuniti, kekal bertenaga, dan memelihara kesihatan kulit
  • Formula yang mudah larut, walaupun di dalam air sejuk, menjadikannya pilihan terbaik untuk dijadikan minuman, kegunaan dalam masakan dan pembuatan kek
  • Khasiat yang mampu dimiliki serta berkualiti pada harga yang mesra-keluarga
  • Mesra keluarga – Selamat dan berkhasiat untuk seisi keluarga dari umur 1+

“Di Lactalis, membekalkan khasiat kepada keluarga bukan hanya satu misi, namun ia adalah legasi dan tanggungjawab kami”, kata Paul Cazes, Pengurus Besar Lactalis Malaysia. “Sebagai syarikat tenusu terkemuka di dunia, kami percaya produk tenusu memainkan peranan penting dalam menyokong pertumbuhan, perkembangan kesihatan, dan kesejahteraan tubuh badan yang baik – bukan untuk hari ini sahaja, tapi untuk generasi-generasi yang akan datang.”

“Di Malaysia, pengambilan tenusu masih rendah dan pilihan untuk produk tenusu yang berkualiti tinggi masih terhad. Sebab itulah kami tampil – untuk membawa kebaikan produk tenusu kepada keluarga-keluarga di rantau ini. Kami percaya yang semua orang berhak untuk mendapatkan produk tenusu yang terbaik, tanpa mengira latar belakang. Sebagai peneraju global dan pakar dalam bidang ini, kami komited untuk membina masa depan yang cerah dengan menyediakan produk tenusu berkualiti tinggi bagi menyokong pertumbuhan dan kesejahteraan semua.”

Bermula daripada membina kekuatan tulang kanak-kanak yang sedang membesar, kepada menyokong gaya hidup orang dewasa yang aktif serta mengekalkan keupayaan mobiliti warga emas, PRIDE menjadikan penjagaan tulang yang sihat, lebih mudah, dengan kelazatan perisanya serta harga yang berpatutan.

Kini boleh didapati dalam dua saiz pek: 450g dengan harga RM13.80 dan 800g dengan harga RM22.40, PRIDE Family Milk Powder boleh dibeli di AEON, Asiamart, dan pasar mini di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari FacebookInstagram, atau TikTok kami.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top