Gaya Hidup

Lapakgaming dilancar secara rasmi di Malaysia, menawarkan tambah milai permainan popular paling mampu milik

Gambar Lapakgaming

Platform tambah nilai ulung yang terkenal Lapakgaming, dengan gembiranya mengumumkan pengembangannya ke pasaran Asia Tenggara, termasuk Malaysia. Pengembangan ini menandakan suatu pencapaian penting untuk peneraju pasaran di Indonesia, yang berjaya menyelesaikan lebih 2 juta transaksi setakat ini.

Lapakgaming diiktiraf dengan harganya yang kompetitif dan komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada keselamatan, memperoleh semua bekalan terus daripada penyedia permainan rasmi.

Sebagai platform tambah nilai yang terkemuka di Indonesia, Lapakgaming membawakan kepakaran dan perkhidmatannya yang dipercayai kepada komuniti permainan Asia Tenggara.

Menyokong judul-judul popular termasuk Mobile Legends, Free Fire, PUBG-M, Genshin Impact dan Honkai Star Rail, platform ini menawarkan beberapa harga terbaik dalam pasaran, bagi memastikan pemain mendapat lebih nilai untuk wang mereka.

Penolong Naib Presiden Pertumbuhan Permainan & Perniagaan Antarabangsa Lapakgaming, Hendi, menekankan pengalaman pengguna Lapakgaming yang menyeronokkan dan pendekatan kolaboratif sebagai saranan jualannya.

“Lapakgaming mengutamakan transaksi yang selamat, senang dan lancar, dipermudah oleh sistem pembayaran kami yang selamat dan pelbagai pilihan pembayaran. Kolaborasi langsung kami bersama penerbit permainan membolehkan kami menyediakan harga yang kompetitif dan tawaran eksklusif.

“Lapakgaming menumpukan perhatian untuk menyampaikan permainan, harga, perkhidmatan dan nilai keseluruhan yang terbaik kepada pemain Malaysia,” kata Hendi.

Mempermudah tambah nilai yang senang dengan pelbagai pilihan pembayaran dalam talian seperti Touch ‘n Go, Grabpay, DuitNow dan pindahan bank, Lapakgaming turut menyediakan jaminan pengembalian wang 10x sekiranya pengguna tidak menerima pembelian mereka (tertakluk pada terma dan syarat).

Memberikan tawaran luar biasa secara konsisten merentas kesemua permainan yang disokong, Lapakgaming menonjol sebagai pilihan utama untuk pemain.

Bagi menikmati perkhidmatan Lapakgaming, kunjungi www.lapakgaming.com/en-my sama ada untuk melog masuk atau mencipta akaun baharu. Pilih permainan atau baucar yang anda inginkan, masukkan butiran yang diperlukan, pilih denominasi atau produk pilihan anda, pilih kaedah pembayaran dan selesaikan transaksi dengan selamat.

Selepas pengesahan pembayaran, butiran transaksi anda akan dihantar dengan segera ke akaun atau e-mel anda.

Jangan lupa untuk menggunakan sebarang kod promosi sebelum memuktamadkan transaksi anda untuk penjimatan tambahan.

 

PALING POPULAR

To Top