Umum

Lesen akan ditarik, pengusaha bas diberi amaran tidak menaikkan harga tambang

Gambar Hiasan

Pengusaha bas sekolah diberi amaran agar tidak menaikkan kadar tambang perkhidmatan kerana kenderaan itu layak menerima subsidi diesel daripada kerajaan.

Menurut Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan dengan menarik balik lesen mereka sekiranya kenaikan tambang berlaku sehingga membebankan pelajar.

“Bagi amaran, kalau kamu diberi subsidi minyak, kamu naikkan…kamu jaga.

“Kalau naik, kami tarik lesen,” katanya semasa berucap dalam program Himpunan Aspirasi Madani Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Terdahulu, FMT melaporkan Presiden Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia, Amali Munif Rahmat, berkata kuota 1,800 liter diesel sebulan dengan harga RM1.88 seliter yang terus dinikmati mereka membolehkan kos operasi dikekalkan.

Pada Isnin lalu, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel dan penetapan harga bahan api itu pada kadar RM3.35 seliter di Semenanjung Malaysia berdasarkan purata bulan Mei 2024 mengikut Automatic Pricing Mechanism.

Sementara itu, kerajaan turut memyatakan peerlaksanaan penyasaran subsidi bahan api diedel mampu menjimatkan RM4 bilion setahun.

PALING POPULAR

To Top