Business

Linerase Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia

Linerase, bioperangsang kolagen lanjutan yang diyakini oleh doktor-doktor estetik (kecantikan) di seluruh dunia, telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Direka cipta untuk merangsang penghasilan kolagen semula jadi badan, Linerase ialah produk keluaran oleh Venusys Medical Sdn. Bhd. yang membawakan pendekatan serba maju kepada peremajaan kulit, dengan mengembalikan keanjalan, ketegangan dan keserian menerusi kaedah biorangsangan berlandaskan kajian saintifik.

Di majlis pelancaran tersebut, pakar antarabangsa Profesor Andrea Corbo, Pengasas Linerase dan Pakar Dermatologi dari Itali dan Dr. Katerina Gkouvi, Pakar Dermatologi dari Greece, berkongsi maklumat berharga tentang sains di sebalik Linerase dan penggunaan uniknya. Program ini diakhiri dengan pembentangan hasil kajian klinikal tempatan oleh Dr. Lim Ting Song, pakar perubatan estetik dan Pengarah Perubatan di Clique Clinic, yang menunjukkan peningkatan nyata dari segi kualiti, keanjalan dan daya ketahanan kulit selepas rawatan dengan Linerase.

Sains di Sebalik Linerase

Berbeza daripada rawatan tradisional yang menambah isi atau menyelindungi penuaan secara sementara, Linerase menyasarkan fibroblas kulit, iaitu sel yang bertindak sebagai kilang kolagen di dalam kulit. Selepas didedahkan kepada Linerase, fibroblas ini dirangsang untuk menggandakan selnya. Di samping itu, Linerase juga membekalkan asid amino kepada fibroblas yang baru terbentuk, dan digunakan sebagai bahan mentah dalam pembentukan kolagen baharu.

Semua kesan ini secara bersama meningkatkan pengeluaran kolagen Jenis III dengan ketara di dalam kulit. Proses ini membantu mengekalkan ketegangan kulit, menambah baik tekstur dan menyokong penghasilan semula kulit dalam jangka panjang. Antara kelebihan pentingnya termasuk:

 

Memulihkan keanjalan dan ketegangan kulit pada bahagian muka, leher, garis leher dedah bahu dan bahagian badan yang lain.

Memperbaiki kemerosotan kulit seperti tanda regang, parut jerawat batu, parut selepas pembedahan dan lesi akibat trauma.

Dirumuskan dengan Kolagen Heterologous Jenis I (HTIC) yang dihasilkan daripada sumber ekuin (kuda), Linerase terurai menjadi asid amino dan tripeptida selepas hidrolisis. Tripeptida merangsang pembentukan fibroblas baharu dan menyekat enzim yang menyebabkan kemerosotan kolagen, manakala asid amino menyokong penghasilan kolagen Jenis III. Hasilnya ialah keserasian biologi yang luar biasa, menggalakkan pemulihan luka yang berkesan, dan menyokong penjanaan semula dermo-epidermal — kesemua kesan ini dihasilkan sambil mengekalkan profil keselamatan kukuh tanpa sebarang tindak balas imun yang dilaporkan.

Linerase nyata cemerlang dalam bidang estetik regeneratif, dengan merangsang pengeluaran kolagen Jenis III — satu komponen kritikal pemulihan tisu, keanjalan kulit dan neopemvaskularan. Formula berat molekul rendah (di bawah 1 kiloDalton) mengurangkan risiko tindak balas alahan dan pembentukan granuloma dengan ketara, jauh di bawah ambang 10 kiloDalton yang lazimnya dikaitkan dengan tindak balas sedemikian. Berbeza daripada banyak perangsang kolagen yang terutamanya menyasarkan kolagen Jenis 1 — yang boleh mengakibatkan tisu lebih tebal dan fibrotik — Linerase menggalakkan penghasilan semula kolagen Jenis III, yang berkait rapat dengan keadaan kulit yang berdaya pulih dan muda berseri. Pendekatan bersasar ini menghasilkan keputusan yang lebih bersifat semula jadi dan lembut, mengukuhkan kedudukan Linerase sebagai penyelesaian lebih selamat dan serba maju dalam perubatan estetik.

“Di Linerase, kami percaya pemulihan dan peremajaan kulit sebenar bukan sekadar menyelindungi ketidaksempurnaan, tetapi juga mengembalikan struktur semula jadi dan keserian kulit. Dengan Linerase, kami membantu memulihkan, meremajakan dan memastikan kulit berada dalam keadaan paling sihat,” kata Prof. Andrea Corbo dalam sesi perkongsiannya.

Dr Katerina, yang menyuarakan pendapat sama berkata, “Linerase merapatkan jurang penting dalam perubatan estetik moden — menawarkan rawatan yang bukan sahaja menangani tanda-tanda penuaan jelas pada pesakit tetapi juga melakukannya dengan cara yang selamat semula jadi dan berlandaskan sains. Ini bakal membuka lembaran baharu dalam kesihatan kulit di Malaysia.”

Piawaian Baharu dalam Kesihatan Kulit

Berbekalkan kajian selama 30 tahun yang dilaksanakan oleh syarikat pengeluarnya dari Itali CSD, dan disokong piawaian ISO 9001 dan ISO 13485, Linerase menerajui bidang estetik regeneratif.

Keberkesanannya yang terbukti secara saintifik, biokeserasian dan hasil semula jadi yang berpanjangan menetapkan penanda aras baharu dalam kaedah pemulihan dan peremajaan kulit bukan invasif.

Untuk maklumat lanjut mengenai Linerase, sila layari www.linerase.com.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top