Umum

Lokman Adam label MIC & MCA sebagai biawak hidup dalam Umno

Pengarah Komunikasi Umno, Datuk Lokman Noor Adam menyifatkan MCA dan MIC sebagai ‘biawak hidup’ Umno dalam sesi temubual beliau bersama Malaysia Gazzate, malam tadi.

Menurutnya, Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong dan Presiden MIC, M Saravanan adalah antara orang awal menikam Umno dari belakang.

“Mereka antara yang terawal menandatangani SD untuk menyokong Tan Sri Muhyiddin walaupun mereka telah menandatangani akujanji di hadapan Pengerusi BN dengan tidak memberikan SD kepada orang lain,” kata Lokman.

Bukan itu sahaja, kedua-dua mereka bersama sekumpulan ahli parlimen Umno turut menandatangani SD untuk membolehkan Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri.

“Sebab apa?”,

“Sebab jika mereka bersama dengan Perikatan Nasional,

Wee Ka Siong boleh menjadi menteri penuh,” ujarnya.

Selain itu, menurut beliau sekiranya mereka bersama PN  Ka Siong dan Saravanan boleh menjadi menteri walaupun mereka tidak membantu mendapatkan undi daripada masyarakat India dan Cina.

Tambahan beliau, mereka masih ada ketika ini kerana Umno yang memberikan undi orang Melayu kepada mereka.

“Tetapi sampai bila kita hendak memikul biawak hidup ini. Maaf cakaplah,” katanya.

Ujarnya lagu, Umno tidak kesah untuk membantu mereka dan kembang bersama-sama.

“Tetapi sampai bila?, takkan kita je nak pikul mereka sedangkan mereka tidak mahu menyumbang,” tekan beliau.

Lokman turut menyarankan, sekiranya kedua-dua parti ini ingin terus jalan bersama BN mereka perlu memberikan sumbangan kepada BN.

“Kalau dahulu mereka boleh harap simpati dari kita, tetapi hari ini mereka kena buat kerja memastikan pengundi bukan Melayu memberi undi kepada mereka,” katanya.

Untuk pilihan raya negeri kali ini, Lokman berkata, kalau ada pun kerusi untuk MCA dan MIC, ia adalah kerana menghormati mereka.

Namun, MCA dan MIC perlu membuktikan mereka boleh memenangi kerusi lebih baik dari komponen Kerajaan Perpaduan yang lain.

“Tetapi ini tidak boleh berterusan sampai bila-bila. Setiap anggota dalam Kerajaan Perpaduan perlu menyumbang,” katanya.

Menurut Lokman, perkara ini juga akan berlaku terhadap Umno jika gagal memenangi kerusi dalam PRN akan datang.

“Jika Umno sekalipun gagal memenangi kerusi yang banyak, jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh Umno juga akan merosot kerana rakan-rakan kongsi Kerajaan Perpaduan akan claim mereka lebih berjaya dan perlu dapat lebih banyak kerusi,” katanya.

Oleh itu, katanya, semua parti kena terima hakikat, tidak ada lagi kerusi percuma selepas ini.

Semua parti, katanya, perlu bekerja keras untuk mempastikan mereka menyumbang undi sehabis baik untuk memenangkan rakan dalam pasukan Kerajaan Perpaduan.

Sumber: Malaysia Gazzate

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top