Festival gaya hidup Muslim terbesar bakal dianjurkan apabila Malaysia Muslim Festival (MMF) 2026 membuka tirainya pada 5 hingga 8 Februari 2026 di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL).
Bertemakan “Memperkasa Ummah, Menyatukan Bangsa”, Malaysia Muslim Festival ini menghimpunkan elemen budaya, ekonomi, pendidikan, kreativiti dan teknologi, menjadikannya platform komprehensif untuk seluruh masyarakat, Muslim dan bukan Muslim.
5 Zon Utama 5@MMF: Pengalaman Menyeluruh Gaya Hidup Muslim
MMF 2026 menampilkan lima kategori utama yang mewakili cara hidup Muslim masa kini:
1. Food & Beverages – Taste Halal Malaysia
Pameran jenama F&B halal, demo masakan, sesi bersama chef selebriti dan perbincangan mengenai makanan halal berdaya mampan.
2. Islamic Book Fair – Nurturing Knowledge & Inspiration
Menampilkan ratusan buku, sesi bersama penulis, aktiviti kanak-kanak, sudut bacaan dan bengkel kaligrafi.
3. Modest Fashion & Hijab Showcase – Grace in Every Step
Pertunjukan fesyen, jenama hijab moden, serta bengkel gaya dan industri fesyen patuh syariah.
4. Health, Cosmetics & Beauty – Glow Halal, Stay Beautiful
Produk kecantikan halal, konsultasi kesihatan, demo make-up dan sesi pendidikan halal kosmetik.
5. Trade & Services – Empowering the Halal Economy
Pameran perbankan Islam, pelancongan, perniagaan syariah dan peluang kerjasama industri.
Tarikan Eksklusif: VR Seerah & Metaverse Islamik
Antara tarikan paling unik ialah pengalaman imersif yang membolehkan pengunjung “mengembara” ke era Rasulullah SAW melalui:
- Metaverse 3D Kaabah, Masjidil Haram & An-Nabawi
- VR Journey: Momen-momen penting dalam kehidupan Rasulullah SAW
- Paparanyang diproyeksikan pada skrin LED 90 meter pertama seumpamanya di festival Muslim tempatan
Pengunjung juga dapat menikmati rangkaian aktiviti pentas utama merangkumi Intellectual Series, kuliah tokoh ulama, persembahan nasyid, podcast live, dan sesi inspirasi bersama selebriti serta penceramah terkenal.
Aalam Al-OUD & Essence: Pertama Kali Diperkenalkan
Satu lagi segmen istimewa, Aalam Al-OUD & Essence, bakal mempersembahkan dunia OUD dan minyak wangi halal antarabangsa — menampilkan lounge OUD, pavilion esen moden, sesi ilmu bersama perfumer global dan peluang B2B.
Sasaran Pengunjung: Untuk Semua
Festival ini menyasarkan kehadiran pelbagai kelompok termasuk keluarga, belia, usahawan, pelancong, pendidik, penggiat kreatif dan masyarakat bukan Muslim yang berminat memahami budaya Islam Malaysia.
Kata Penganjur
Pihak penganjur berkata MMF 2026 menjadi jambatan budaya dan ekonomi baharu yang mengangkat nilai Madani:
“Matlamat kami ialah menyediakan platform inklusif yang bukan sahaja meraikan warisan Islam, tetapi juga memacu inovasi dan ekonomi halal. MMF 2026 direka untuk seluruh masyarakat, tanpa mengira latar belakang.”
Maklumat Festival
📍 World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL)
📅 5 – 8 Februari 2026
🌐 www.mymuslimfestival.com.my
📞 011-3736 7481 (Ms. Sabrina)
