Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Koop Sahabat kali ke-12 telah berlangsung dengan jayanya di The Everly Hotel, Putrajaya, menghimpunkan barisan Anggota Lembaga, pengurusan dan para perwakilan dari seluruh negara.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Leftenan Jeneral (B) Datuk Ahmad Norihan bin Jalal, Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia, dan turut dihadiri oleh En. Mohd Fadzli bin Mat Lahim, Timbalan Pengarah SKM Wilayah Persekutuan bersama tetamu-tetamu kehormat serta rakan-rakan strategik Koop Sahabat.
Antara sorotan utama MAPT tahun ini termasuklah pengumuman kadar dividen sebanyak 10% bagi tahun kewangan 2024, sebagai penghargaan kepada semua anggota atas kepercayaan dan sokongan yang berterusan terhadap misi koperasi yang lestari dan inklusif.
Selain itu, majlis turut menyaksikan peluncuran ‘YATI’ – Persona Koop Sahabat, sebagai satu inisiatif baharu dalam memperkukuh identiti dan penyampaian mesej koperasi kepada masyarakat.
Dalam suasana penuh semangat dan profesionalisme, MAPT kali ini turut menyaksikan pemilihan barisan baharu Anggota Lembaga Koperasi. Pihak Koop Sahabat merakamkan ucapan tahniah kepada semua yang terpilih dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan mesyuarat ini.
Acara tahunan ini terus menjadi platform penting dalam mengukuhkan jaringan kerjasama, merancang hala tuju strategik serta memperkukuh gerakan koperasi demi manfaat bersama.
