KUALA LUMPUR:
Bahagian Pembangunan Usahawan MARA kini membuka permohonan untuk syarikat tempatan menyertai Pameran Antarabangsa Food & Hospitality Thailand 2025 (FHT 2025), yang bakal berlangsung di Queen Sirikit National Convention Centre (QSNCC), Bangkok dari 20 hingga 23 Ogos 2025.
FHT 2025 merupakan platform strategik untuk usahawan tempatan mempromosi produk secara bersemuka dengan pembeli antarabangsa, menembusi pasaran ASEAN, meluaskan jaringan eksport, dan mengukuhkan jenama di pentas global.
✅ Kriteria Penyertaan
- Terbuka kepada usahawan bimbingan MARA di bawah Program Gate to Global.
- Kluster: makanan & minuman, gayahidup, hospitaliti.
- Mempunyai kapasiti eksport (modal pusingan, pengeluaran produk, pensijilan).
- Syarikat bersedia menembusi pasaran Thailand & luar negara.
Yuran Penyertaan: RM3,000.00
Tarikh Tutup Permohonan: 31 Julai 2025
Permohonan: Klik Sini
📞 Maklumat Lanjut
- Puan Siti Munira Binti Ibrahim – 03-2613 4750
- Encik Mohd Nazri Bin Abdullah – 03-2613 4752
Sumber: Bahagian Pembangunan Usahawan MARA
