Umum

Masih belum bawa pulang emas, Hannah Yeoh mohon maaf

Gambar Hannah Yeoh

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana masih belum membawa pulang pingat emas pertama untuk negara.

Namun dalam hantaran di laman Facebooknya, beliau berkata program Road to Gold (RTG) yang ditubuhkan tahun lalu ‘tidak gagal’, sebaliknya belum berjaya kerana ia merupakan program jangka panjang bagi dua temasya Olimpik, seterusnya pada Olimpik Los Angeles 2028.

Beliau turut menyatakan bahawa semua permintaan dan ‘top service’ pemegang taruh kita, atlet dan jurulatih dalam RTG telah ditunaikan sebelum ke Paris.

Terdapat beberapa peningkatan yang ingin dimaklumkam termasuk 3 atlet telah berjaya memecahkan rekod kebangsaan pada temasya itu iaitu pelumba basikal trek Azizulhasni Awang dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri serta atlet angkat berat Mohamad Aniq Kasdan selain terdapat beberapa atlet lain mencipta catatan peribadi terbaik.

Katanya, Jawatankuasa RTG akan bermesyuarat dan mendapatkan laporan teknikal daripada kesemua pasukan bagi menilai prestasi serta menyediakan laporan beraudit berkenaan perbelanjaan program itu.

Namun, beliau berkata pihaknya memerlukan masa untuk bermesyuarat dan menyediakan laporan tersebut kerana berdepan jadual padat susulan penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) 2024 Sarawak dan Sukan Paralimpik Paris 2024 bermula 28 Ogos.

Malaysia menamatkam misi Olimpik Paris 2024 dengan dua pingat gangsa menerusi beregu badminton lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Sik dan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia.

 

 

PALING POPULAR

To Top