Umum

Mayat ibu disimpan dalam peti sejuk 3 tahun

Mayat seorang ibu berusia lingkungan 80-an dipercayai dibunuh anaknya tiga tahun lalu ditemukan di dalam peti sejuk beku di sebuah rumah di Jalan Klang Lama hari Selasa.

Polis menemukan mayat warga emas itu di sebuah rumah di Taman OUG susulan laporan oleh anak lelakinya yang mengalami masalah kesihatan.

Memetik laporan media, Berita Harian melaporkan lelaki berusia 50-an itu memberitahu polis dia membunuh ibunya pada 2021 sebelum menyimpannya dalam peti sejuk beku.

Mayat mangsa dilaporkan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat, sementara polis menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa, yang mengesahkan kejadian berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

 

 

Sumber : FMT

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top