Umum

Mesej Agong titah Anwar diangkat sebagai PM baharu adalah palsu

Astro AWANI menafikan penularan mesej yang mendakwa Yang di-Pertuan Agong menitahkan agar Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri baharu susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semalam.

Mesej yang ditularkan itu merupakan tindakan tidak bertanggungjawab dan tiada sebarang kaitan dengan pungutan suara yang dibuat oleh Astro AWANI menerusi capaian undi.astroawani.com sempena PRU15.

Sehubungan itu, semua pihak diminta agar tidak terpengaruh dan mempercayai sebarang mesej palsu yang disebarkan golongan tidak bertanggungjawab.

Pungutan suara #SuaraMalaysia itu mula dilancarkan Astro AWANI pada 17 Oktober lalu.

Soalan-soalan yang dikemukakan diakses melalui imbasan kod di Saluran 501, platform digital dan media sosial Astro AWANI.

Sumber: Astro Awani

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top