Buletin

Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara keenam, kemuka 3 syor kepada kerajaan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang ke-6.

Mesyuarat hari ini turut dihadiri oleh YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Senator Tengku Dato’ Sri Utama Zafrul Tengku Abd Aziz, Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara merangkap Menteri Kewangan, YB Senator Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin, Menteri Kanan Pendidikan, YB Tuan Khairy bin Jamaluddin, Menteri Kesihatan, YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), YB Tan Sri Noh Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainuddin, Menteri Dalam Negeri. Mesyuarat hari ini telah mendengar tiga pembentangan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) serta Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Majlis Pemulihan Negara (MPN) pada mesyuarat keenam hari ini memgensyorkan pengambilan tenaga pekerja asing untuk sektor ekonomi selain peladangan perlu dibenarkan oleh kerajaan,

Tiga syor itu dibuat selepas meneliti tiga pembentangan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin dan Jawatankuasa Tindakan Khas Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) adalah, berkaitan suntikan dos penggalak, bantuan kepada sektor PKS serta isu kekurangan tenaga kerja.

Katanya, dalam syor pertama, Kementerian Kesihatan (KKM) perlu memperkasakan kempen kesedaran ujian saringan COVID-19 kendiri dan mendapatkan suntikan dos penggalak sebagai langkah berwaspada dalam penularan virus COVID-19.

“Majlis juga berpendapat perlunya langkah yang proaktif dan lebih ketat dalam mengambil kira kemungkinan ancaman varian Omicron dengan terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. Ia penting dalam mengimbangi kepentingan kesihatan awam dan ekonomi negara.

“Syor kedua, setelah meneliti cadangan-cadangan Jawatankuasa Tindakan Khas PKS ini dan secara dasarnya, majlis bersetuju supaya ia disusuli lebih lanjut, malah berpandangan bahawa cadangan-cadangan bantuan kepada sektor PKS perlu lebih bersasar dengan memberi keutamaan kepada sektor-sektor yang kritikal.

“Mengenai syor ketiga pula, isu kekurangan tenaga kerja sering dibangkitkan, maka majlis mengesyorkan agar pengambilan tenaga pekerja asing juga perlu diperluaskan untuk sektor-sektor ekonomi, selain peladangan untuk memastikan sektor-sektor ekonomi yang sudah dibuka semula ini dapat beroperasi dengan kapasiti pra-pandemik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai syor ketiga, Muhyiddin berkata, pelaksanaan pengambilan tenaga kerja itu juga perlu disegerakan dan terselaras agar tidak timbul kesulitan kepada pihak industri yang sedang dalam proses pemulihan.

“Namun, majlis menyarankan agar Jawatankuasa Tindakan Khas PKS mencari penyelesaian untuk mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing dalam jangka masa panjang,” katanya.

Kata beliau, selaras dengan pembukaan semula ekonomi negara seperti yang dirancang dalam Pelan Pemulihan Negara.

“Petunjuk keyakinan perniagaan bagi suku tahun keempat 2021 turut bertambah baik dan majlis optimistik bahawa momentum pemulihan ini akan berterusan memasuki tahun 2022.

“Proses pemulihan negara ini perlu diperkukuhkan lagi dengan memastikan semua dasar dan inisiatif pemulihan yang diumumkan di bawah Belanjawan 2022 dilaksanakan dengan segera, terselaras, cekap dan berkesan.

Majlis akan terus menyokong usaha kerajaan dalam memulih semula dan meningkat daya tahan semua segmen sosio-ekonomi,” katanya.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top