Umum

MIC nafi ingin keluarkan Najib Razak dari penjara

Perhimpunan agung MIC ke-76 hari ini membawa resolusi untuk membebaskan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang dipenjara.

Resolusi itu sebagai mengenang jasanya kepada negara dan masyarakat India.

Namun, Naib Presiden MIC Datuk T. Mohan telah menafikan laporan bahawa parti itu mengemukakan resolusi untuk “membebaskan” bekas perdana menteri Najib Razak yang kini menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Beliau dalam kenyataanya di Facebook, berkata manifesto MIC telah disalah tafsirkan.

“Manifesto MIC dengan hanya memberi tumpuan kepada peningkatan dan pemerkasaan masyarakat india, tanpa memberi manfaat kepada mana-mana individu”, ujarnya.

Terdahulu, MIC hari ini mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan ke-76 yang dirasmikan oleh Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam perhimpunan tersebut, MIC turut melancarkan manifesto kepada masyarakat India menjelang PRU15 yang akan diadakan dalam masa terdekat, susulan pembubaran Parlimen seperti yang diumumkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob petang tadi.

Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya dalam kes rasuah dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Dia juga dihukum denda RM210 juta dalam kes itu.

PALING POPULAR

To Top