Midea – salah satu jenama peralatan rumah pintar yang terkemuka di dunia – dengan sukacitanya mengumumkan ia menjadi penyokong global bagi Pertandingan Pasukan Kebangsaan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Perjanjian selama beberapa tahun ini bermula dengan AFC Asian Qualifiers™ – Road to 26 dan diteruskan menerusi AFC Women’s Asian Cup Australia 2026™ yang berjanji untuk memberi inspirasi kepada seluruh generasi baharu pemain bola sepak. Sementara itu, AFC U23 Asian Cup™ 2026 di Arab Saudi dijangka akan menjadi amat kompetitif memandangkan pasukan-pasukan berhasrat untuk memenangi gelaran serta kelayakan sempena Sukan Olimpik Musim Panas 2028.
Pada tahun 2027, Midea juga akan hadir sebagai penyokong global di AFC Asian Cup Saudi Arabia 2027™. Ia juga merupakan kali pertama pertandingan ini diadakan di Arab Saudi yang menjanjikan acara yang bersejarah.
“Empat tahun akan datang dijangka akan menjadi bahagian yang penting dalam sejarah bola sepak AFC dan Midea berasa gembira dapat menjadi sebahagian daripada semua kenangan ini. Digabungkan dengan perkongsian pertandingan kelab kami, kami berharap dapat berkembang bersama-sama dengan AFC tatkala perniagaan peralatan rumah Midea maju dari setingkat ke setingkat di sekitar wilayah ini,” kata Lewis Fu, Presiden Midea International Business.
Midea dan AFC juga dengan sukacitanya mengumumkan bahawa perkongsian mereka akan diluaskan kepada Pertandingan Belia AFC, termasuk AFC U20 Asian Cup™, AFC U17 Asian Cup™, AFC U20 Women’s Asian Cup™ dan AFC U17 Women’s Asian Cup™.
