Umum

MIFB 2026 Perkukuh Aspirasi Dagangan F&B Malaysia Melalui Ekosistem Bersatu “Made in Malaysia

Pameran perdagangan makanan dan minuman terkemuka negara, Malaysian International Food & Beverage Trade Fair 2026 (MIFB 2026), kembali tahun ini dengan fokus nasional yang diperbaharui, meletakkan industri makanan dan minuman (F&B) Malaysia sebagai ekosistem domestik bersepadu yang bersedia untuk berkembang dan menembusi pasaran antarabangsa.

Dianjurkan oleh Constellar Exhibitions Malaysia, MIFB 2026 mengetengahkan tema “Future-Ready F&B: Powering the Next Wave”, sejajar dengan pengalaman lebih 25 tahun penganjuran bagi memperkasakan syarikat tempatan melalui platform perdagangan berteras industri.

Bersama Malaysia Café Expo 2026 (MCE) dan MyFoodTech 2026, MIFB 2026 berfungsi sebagai hab perdagangan menyeluruh yang menghubungkan keseluruhan rantaian nilai F&B – daripada jenama tempatan sehingga pemain antarabangsa – bagi membuka akses pasaran, membangunkan keupayaan industri serta meningkatkan kesediaan eksport.

Selain pameran produk, MIFB 2026 menghimpunkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pengedar, pemilik jenama, pengilang, pemasar, rakan inovasi serta pembeli berskala besar dari dalam dan luar negara. Penyertaan antarabangsa yang kukuh turut membolehkan syarikat tempatan membuat penanda aras terhadap piawaian global, memperoleh risikan pasaran praktikal serta memperkukuh daya saing mereka.

Program Pembeli Pacu Hasil Dagangan

Antara tonggak utama MIFB 2026 ialah Program Pembeli Terpilih, yang memberi keutamaan kepada organisasi yang secara aktif mencari produk inovatif, kerjasama antarabangsa dan peluang sumber rentas sempadan. Profil pembeli termasuk peruncit, pasar raya besar, pengedar, pengimport, pengendali hospitaliti, restoran dan kafe, katerer penerbangan, operator pelayaran serta pembeli institusi.

Hab Inovasi dan Ekosistem Makanan Masa Hadapan

Gabungan MIFB, MCE dan MyFoodTech mewujudkan ruang bersepadu yang menampilkan segmen pertumbuhan utama industri F&B, merangkumi produk sedia dimakan (RTE), sedia dimasak (RTC), sedia diminum (RTD), produk halal, makanan laut segar, sejuk dan sejuk beku, serta penyedia teknologi dan penyelesaian F&B termasuk peralatan dapur, automasi dan teknologi perkhidmatan makanan.

Ekosistem kafe turut diberi penekanan melalui penyertaan jenama peralatan kafe, kopi, bakeri, pastri, francais dan pelesenan.

Angkat Bakat Tempatan ke Pentas Dunia

Sebagai sebahagian daripada program tahunan, MIFB dan MCE 2026 akan menganjurkan Malaysia National Coffee Championship (MNCC) dengan kerjasama strategik Malaysia Specialty Coffee Association (MSCA), satu-satunya badan pertandingan berlesen World Coffee Events (WCE) di Malaysia.

Pertandingan ini akan menobatkan empat juara kebangsaan untuk mewakili Malaysia di World Coffee Championships (WCC), sekali gus menjadi platform utama untuk mengiktiraf, menilai dan mengangkat bakat kopi tempatan ke peringkat global.

Program 2026 turut menampilkan pelbagai inisiatif berteras perdagangan, termasuk Knowledge Hub & Live Theatre, Bengkel Pensijilan Halal serta Chef Table, yang bertujuan merangsang inovasi, berkongsi pandangan pasaran dan menggalakkan kerjasama merentas sektor.

Penyertaan & Pendaftaran

Syarikat F&B tempatan digalakkan menyertai MIFB, Malaysia Café Expo dan MyFoodTech 2026 bagi berhubung dengan pembeli serta rakan niaga yang mencari produk dan penyelesaian “Made in Malaysia”, di samping memperluaskan rangkaian antarabangsa. Pameran ini dibuka kepada pengunjung perdagangan sahaja.

Maklumat lanjut dan pendaftaran boleh didapati menerusi laman rasmi MIFB.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top