Umum

MKN Sahkan Ancaman, Kawalan di Fasiliti LNG Bintulu Diperketat

Kuala Lumpur – Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengesahkan wujudnya ancaman terhadap fasiliti pengeluaran gas asli cecair (LNG) di Bintulu, Sarawak, yang merupakan salah satu hab pengeluaran LNG terbesar di dunia.

MKN dalam kenyataan berkata kawalan keselamatan telah diperketat serta-merta bagi membolehkan siasatan rapi dijalankan oleh pihak berkuasa.

“Orang ramai diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi. Perkembangan lanjut mengenai situasi berkenaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” jelas MKN.

Agensi keselamatan negara turut memberi jaminan bahawa mereka kekal bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, selain sudah mengambil langkah kawalan yang sewajarnya.

Fasiliti LNG Bintulu memainkan peranan penting sebagai penyumbang utama kepada eksport tenaga Malaysia, sekaligus menjadikannya aset strategik kepada keselamatan ekonomi negara.


 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top