Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) menegaskan bahawa tiada sebarang permohonan rasmi berkaitan Bantuan Ramadan atau Tuntutan Kredit E-Tunai seperti yang tular di media sosial ketika ini.
Dalam satu kenyataan, MoF memaklumkan mesej yang beredar adalah palsu dan orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan pautan mencurigakan yang berpotensi membawa kepada penipuan atau kecurian maklumat peribadi.
Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya:
- Tidak klik pautan meragukan
- Tidak berkongsi maklumat peribadi kepada sumber tidak sah
- Sentiasa menyemak maklumat melalui saluran rasmi MoF
Maklumat sahih hanya boleh diperoleh menerusi laman sesawang rasmi MoF di www.mof.gov.my serta platform media sosial rasmi kementerian berkenaan.
MoF turut menggesa orang ramai agar menghentikan penyebaran mesej palsu dan sentiasa membuat semakan sebelum berkongsi sebarang maklumat.
