Datuk Seri Mohd Hishamudin Md Yunus dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa Rabu lepas.
Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, pelantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaras dengan subseksyen 5(2) Akta Suhakam 1999 (Akta 597).
Mohd Hishamudin, 75, menggantikan Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad, 64, yang meletak jawatan secara sukarela berkuat kuasa 31 Ogos lepas setelah menjawat jawatan berkenaan bermula 22 Jun 2022.