Business

Moomoo Malaysia dengan Sokongan Bursa Malaysia Melancarkan Kempen untuk Meningkatkan Pertumbuhan dan Keupayaan Pelabur Runcit

Moomoo Securities Malaysia Sdn. Bhd. (“Moomoo Malaysia”) telah melancarkan kempen pembangunan pelabur strategik dengan sokongan Bursa Malaysia sempena program Shares2U Bursa Malaysia. Kempen ini bertujuan untuk memperkasa pelabur runcit Malaysia dengan alat, insentif, dan struktur pasaran yang diperlukan untuk melibatkan diri dalam pasaran modal dengan lebih yakin dan berkemampuan.

Bermula dari 6 Jun hingga 7 Julai 2025, kempen ini menggabungkan pendaftaran berinsentif dengan pembelajaran berasaskan prestasi. Pelabur baharu dan berpengalaman boleh mengakses pengalaman dagangan yang dipermudahkan dan berteraskan teknologi menerusi platform Moomoo Malaysia, yang menawarkan alat, pandangan pasaran, dan data masa nyata untuk menyokong keputusan pelaburan yang lebih bijak. Kempen ini menawarkan peluang dua cabang untuk membina keyakinan pelaburan:

  • Ganjaran sehingga RM2,200 untuk pengguna baharu moomoo, termasuk saham tersenarai di Bursa Malaysia bernilai RM400, dan
  • Cabaran dagangan saham Malaysia peringkat kebangsaan terbuka kepada semua pengguna, dengan jumlah hadiah sehingga RM14,000, direka untuk mengasah kemahiran dagangan dalam pasaran sebenar.

Elemen utama kempen ini adalah penekanan moomoo terhadap pembangunan keupayaan. Platform ini menyampaikan data pasaran masa nyata, penapis lanjutan, dan alat analitik yang lazim digunakan oleh pelabur profesional, kini disesuaikan untuk pengguna Malaysia. Dengan menyelaraskan insentif dengan pendidikan dan pembuatan keputusan pelaburan, kempen ini menyokong penyertaan lebih bermaklumat dan kendiri dalam pasaran modal Malaysia.

“Kesihatan jangka panjang pasaran modal Malaysia tidak akan ditentukan oleh lonjakan sementara pelabur runcit, tetapi oleh keupayaan pelabur kendiri yang mampan,” kata Ivan Mok, Ketua Pegawai Eksekutif Moomoo Malaysia. “Kempen ini menyokong hala tuju itu – bukan sekadar dengan memberikan akses kepada pasaran, tetapi melalui penglibatan yang bermaklumat dengan pasaran. Dengan kerjasama Bursa Malaysia, kami menggabungkan kepercayaan institusi dengan alat dagangan profesional masa nyata kami bagi membantu rakyat Malaysia menjadi peserta pasaran saham yang aktif, bijak dan bermaklumat.”

Memperkasa Literasi Pelabur Secara Berskala

Berbeza dengan kempen tradisional yang hanya tertumpu kepada insentif, inisiatif ini menekankan pengalaman pasaran dan literasi kewangan. Platform moomoo menyediakan alat bertaraf institusi, termasuk suapan data masa nyata, penapis lanjutan dan analitik, dalam persekitaran yang mudah diakses oleh pelabur runcit. Pendekatan berteraskan teknologi ini bertujuan untuk memperkukuh disiplin dagangan dan kesiapsiagaan pelabur merentasi kitaran pasaran.

“Dengan pasaran memasuki fasa yang lebih tidak menentu – daripada ketegangan perdagangan yang diperbaharui kepada ketidaktentuan sektor, jurang antara sekadar menyertai dan melabur secara berdisiplin semakin jelas,” kata Ivan Mok, Ketua Pegawai Eksekutif Moomoo Malaysia. “Dalam persekitaran ini, pelabur memerlukan lebih daripada sekadar akses. Mereka memerlukan alat dan pengalaman untuk berfikir secara strategik, mengurus risiko, dan terus terlibat. Itulah fokus kempen ini, untuk membantu pelabur membina keupayaan secara langsung, dengan alat dan pengalaman yang diperlukan untuk berjaya.”

Cabaran dagangan ini terbuka kepada semua pengguna, manakala ganjaran tambahan tersedia secara eksklusif untuk pengguna baharu yang memenuhi kriteria deposit yang ditetapkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami.

*Tertakluk kepada Terma & Syarat. Nilai ganjaran akan berubah mengikut keadaan pasaran. Pelaburan melibatkan risiko. Penafian penuh di https://www.moomoo.com/my/support/topic9_37. Iklan ini tidak disemak oleh SC.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top