Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad menyatakan tempoh moratorium pelaksanaan waktu bekerja 45 jam membabitkan golongan jururawat dilanjutkan sebulan lagi.
Menurut laporan media, beliau berkata ini bagi membolehkan kementerian meneliti dan memahami pelbagai aspek melibatkan petugas anggota kesihatan terutamanya dalam isu kebajikan sebelum rumusan dan cadangan hasil libat urus dibentang kepada Jemaah Menteri pada 1 Julai.
Beliau turut dipetik berkata bahawa proses sudah diperingkat akhir dan libat urus telah dilakukan namun beliau tidak akan membuat keputusan tanpa betul-betul menyelami program kejururawatan secara terperinci.
Tambahnya lanjutan ini ada bagi beliau buat rumusan supaya apa juga keputusan nanti betul-betul adil.
Terdahulu, beliau sebelum ini dilaporkan berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meluluskan tempoh interim selama tiga bulan mulai 1 Disiember 2024 hingga 28 Februari 2025 bagi membuat persediaan ke arah pelaksanaan waktu bekerja syif 45 jam di Kementerian Kesihatan (KKM).
