Umum

MPS tak beri kebenaran mana-mana pihak kutip dana untuk program “Penerapan Semangat Rukun Negara”

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyatakan tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menggunakan surat rasminya untuk mengutip dana.

Menurut Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Korporat MPS, terdapat aduan penyalahgunaan surat rujukan MPS bertarikh 26 Oktober 2023 untuk mengutip bayaran bagi program Penerapan Semangat Rukun Negara.

MPS turut berkata, ia juga tidak pernah menjadi penganjur bersama dengan mana-mana pihak untuk program Penerapan Semangat Rukun Negara.

Pibak berkuasa tempatan itu juga tidak pernah mengarahkan mana-mana kakitangannya untuk meminta sumbangan dana atau bayaran daripada pemilik perniagaan atau individu bagi tujuan penganjuran program di atas, katanya dilaporkan Sinar Harian.

Tegasnya, satu laporan polis dibuat 20 Ogos lalu berkaitan perkara itu dan ia memohon mangsa atau individu mempunyai sebarang maklumat membuat laporan kepada pihak berkuasa atau menghubunginya di talian 03 6126 5824.

PALING POPULAR

To Top