Business

Muhyiddin Yassin layak mempengerusikan MPN – Ismail Sabri

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempertahankan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) bertaraf menteri. 

“Ini kerana Muhyiddin memegang jawatan tersebut sejak MPN diwujudkan sekaligus kerajaan memberi kepercayaan kepada bekas Perdana Menteri itu menggalas tanggungjawab berkenaan” kata Ismail Sabri. 

Penjelasan itu, susulan tindakan pembangkang yang mempersoal keberkesanan Muhyiddin Yassin ketika menerajui negara selama 17 bulan. 

Ia bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Saifuddin Nasution (PH-Kulim Bandar Baharu), apakah kewajaran melantik Muhyiddin sebagai pengerusi MPN sambil mendakwa mantan Perdana Menteri  itu tidak mengurus negara dengan berkesan.

PPN diperkenalkan pada era pentadbiran Muhyiddin. Rancangan itu memperkenalkan empat tahap sebelum ekonomi dibuka semula sepenuhnya dengan mengambil kira jumah kes harian Covid-19. 

Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai pengerusi MPN pada 4 September 2021 oleh YAB Perdana Menteri bagi meneruskan usaha dan memastikan kesinambungan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara yang jelas berada di atas landasan yang betul.

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top