Umum

Noh Omar dilantik Timbalan Presiden Muafakat Nasional

Gambar Facebook

Bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar dilantik sebagai timbalan presiden Muafakat Nasional (MN).

Menurut Presiden MN Tan Sri Annuar Musa, perlantikan ini bertujuan mengukuhkan lagi MN pada peringkat pusat serta negeri bagi memastikan objektif serta inisiatif MN dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Perlantikan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Dewan Tertinggi (ADT) adalah selaras dengan pindaan perlembagaan yang telah diluluskan oleh ROS.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Annuar turut menyatakan mesyuarat bersetuju mengadakan dialog dengan lebih 500 badan dan pertubuhan membawa tema ‘Dialog Tanah Air’ yang bertujuan berinteraksi pelbagai hala dalam isu kepentingan negara dan rakyat.

“MN amat prihatin dengan pelbagai isu yang menyelubungi rakyat, terutamanya kesempitan hidup yang semakin meruncing berpunca daripada kos sara hidup yang semakin meningkat akibat kegagalan pihak berwajib menangani isu ini dengan cekap dan berkesan,”ujarnya.

 

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top