Sports

Norza letak jawatan presiden BAM, V Subramaniam dilantik pemangku

Gambar BAM

Mohamad Norza Zakaria telah secara rasminya meletakkan jawatan presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkuat kuasa hari Sabtu.

Menurut Beliau, keputusan tersebut diterima ahli majlis BAM pada mesyuarat majlis badan induk itu.

Sehubungan itu, Timbalan Presiden V Subramaniam dilantik sebagai pemangku presiden BAM.

Norza yang menerajui BAM sejak 2017, pada Disember lalu mengumumkan hasrat melepaskan jawatannya malah menamakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz sebagai pengganti.

Bagaimanapun, selepas dipujuk Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, beliau setuju untuk kekal sehingga selepas Sukan Olimpik Paris.

Pada sidang media selepas mesyuarat ahli majlis BAM di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Norza berkata selepas ini beliau akan menumpukan tugas di peringkat antarabangsa.

“Saya mempunyai banyak tugas, saya ada menyandang beberapa jawatan sebagai presiden kehormat Badminton Asia, pengerusi Jawatankuasa Sukan untuk semua Majlis Olimpik Asia (OCA), ahli Jawatan Kuasa Koordinasi untuk Sukan Asia ke-20 Aichi-Nagoya 2026.

Saya rasa cukup untuk saya menyumbang dalam sukan dua tiga tahun akan datang dan saya akan ‘slow down’ selepas itu, katanya.

Beliau turut berharap pucuk kepimpinan bakal menerajui BAM akan bersedia dan lebih terbuka menerima apa sahaja ditempuh bagi sukan itu pada masa akan datang.

“Banyak perkara yang kita belum capai, tetapi kita telah letak hala tuju yang betul atau platform untuk membawanya ke peringkat selanjutnya, ada banyak tugas perlu dilakukan, tetapi kita dalam perancangan yang betul.

Kekecewaan sebagai persatuan orang ramai terlalu mudah, badminton sangat dekat dengan hati dan ingatan rakyat Malaysia, jadi ia sangat sensitif, saya harap orang ramai boleh memahami kerja ini akan dilakukan dengan profesional, katanya.

Ahli korporat berusia 57 tahun itu menerajui BAM selepas mengambil alih kepimpinan daripada Tengku Mahaleel Tengku Ariff.

 

 

Sumber FMT

 

PALING POPULAR

To Top