Umum

Op Selamat 20: Sebanyak 1,381 kemalangan direkodkan pada Ahad

Sebanyak 1,381 kes kemalangan direkodkan pada hari keempat pelaksanaan Op Selamat 20 di seluruh negara, semalam.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dalam satu kenyataan berkata, jumlah itu membabitkan 2,072 kenderaan pelbagai jenis dengan 73.7 peratus daripadanya adalah kereta.

Berdasarkan statistik, jumlah mengikut kenderaan terlibat dalam kemalangan jalan raya menunjukkan kereta merekodkan 1,528 buah, pacuan empat roda (122), motosikal (256), MPV (102), lori (13), van (43), bas (lima) dan teksi (tiga).

Pada hari ketiga Op Sikap, sebanyak 1,147 kemalangan direkodkan di seluruh negara.

Sehubungan itu, JSPT menasihati semua pengguna jalan raya supaya sentiasa peka ketika memandu bagi mengelak risiko kemalangan.

Sumber: Astro Awani

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top