KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama beberapa agensi penguat kuasa melaksanakan Ops Gasak Siri 3/2025 di sekitar Jalan Tun Sambanthan dan Jalan Rakyat, Brickfields, malam tadi.
Serbuan bersepadu itu membabitkan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIMKL), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam).
📌 Hasil Tindakan Ops Gasak:
- 7 premis dikendalikan warga asing ditutup di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.
- 20 notis kompaun dikeluarkan DBKL.
- 16 tindakan pindah halangan terhadap barangan perniagaan di tempat awam.
- 10 warga asing ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat JIMKL.
- 3 kompaun KPDN bagi kesalahan penandaan harga.
- 2 kompaun kesalahan melibatkan Alat Timbang Sukat.
- 121 botol minuman keras pelbagai jenama disyaki barang seludup belum dibayar duti cukai dirampas.
DBKL dalam kenyataannya menegaskan operasi ini adalah hasil rondaan berkala dan aduan orang awam. Pemantauan serta tindakan penguatkuasaan akan diteruskan dari masa ke semasa di lokasi tumpuan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan aduan melalui pautan rasmi DBKL: https://adukl.dbkl.gov.my/
