dunia

Orang awam diberi latihan ketenteraan di Ukraine

ANGGOTA unit pasukan khas ukraine mengadakan latihan ketenteraan untuk penduduk awam di Mariupol untuk mengajar mereka mempertahankan diri sekiranya berlaku serangan dari Rusia.

Batalion itu melatih penduduk untuk memasang dan meleraikan senapang, memasukkan peluru dan membidik sasaran.

Langkah itu diambil kerajaan Ukraine ketika ketegangan semakin meningkat dengan ketika ini Rusia mengumpulkan lebih 100,000 tentera di sempadan dengan negara itu.

Seorang penduduk tempatan berusia 79 tahun, Valentyna Konstantynovska berkata, dia mahu bersedia untuk mempertahankan keluarganya sekiranya berlaku pencerobohan Rusia.

Jelasnya, dia tidak mahu kehilangan bandar dan negaranya.

Rusia menafikan hasrat negara itu untuk menyerang Ukraine, namun pada masa telah menempatkan sejumlah tentera yang besar di sempadan.

Selain itu, Rusia turut menghantar tentera untuk latihan di negara jiran Belarus, sekali gus mengepung Ukraine di tiga penjuru.

Pegawai Amerika Syarikat berkata peningkatan kuasa tembakan Rusia telah mencapai tahap di mana ia boleh menyerang dalam masa yang singkat.

Amerika Syarikat mengumumkan rancangan memindahkan sebahagian besar kakitangannya dari kedutaannya di Ukraine.

Britain menyertai negara-negara Eropah lain dalam menggesa rakyatnya meninggalkan Ukraine.

Sumber: Astro Awani

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top