Business

Otis lengkapkan lif 68 tingkat di Dawn KLCC

Syarikat pembuatan, pemasangan dan perkhidmatan lif serta eskalator yang terkemuka di dunia, Otis, akan memasang tujuh unit lif Otis SkyRise dan tiga unit lif Otis Arise untuk bangunan Chin Hin Group Property Dawn KLCC.

Dengan ketinggian tingkat sehingga 68 tingkat yang mengagumkan, Dawn KLCC terletak berdekatan dengan mercu tanda ikonik seperti Menara Berkembar Petronas, Jambatan Saloma dan Menara Public Bank. Dijadualkan siap pada tahun 2029, keajaiban seni bina ini akan menampilkan suite gaya hidup, kediaman berservis mewah dan bar yang menawarkan pemandangan panoramik pusat bandar Kuala Lumpur yang menakjubkan.

 

“Otis mempunyai sejarah kepakaran yang telah lama wujud dalam pengangkutan menegak untuk bangunan tingkat tinggi. Kami berbangga menjadi sebahagian daripada Dawn KLCC, sebuah projek terkemuka yang akan mentransformasikan latar langit Kuala Lumpur dan memacu pertumbuhan dinamik bandar ini,” kata Pradeep Nair, Pengurus Besar, Otis Malaysia. “Dengan menggunakan sistem lif SkyRise yang paling canggih daripada Otis, bergerak pada kelajuan sehingga 6 meter sesaat dalam bangunan ini, kami komited untuk menyediakan pengalaman kepada penumpang dengan masa menunggu yang lebih singkat dan perjalanan yang lebih pantas serta lebih cekap.”

Otis akan melengkapkan Dawn KLCC 68 tingkat dengan sistem lif SkyRise® yang paling canggih

Bangunan ini akan diintegrasikan dengan teknologi SmartGrouping™ Otis, menampilkan fungsi panggilan kumpulan yang dinamik dengan butang panggilan pintar. Sistem ini mengatur kumpulan penumpang untuk akses langsung ke tingkat bar puncak yang tertentu, sebelum kembali dengan lancar ke kumpulan asalnya untuk perkhidmatan yang berterusan.

Pemasangan penyelesaian IoT Otis ONE™ pada perkhidmatan sokongan akan mengupayakan komunikasi yang proaktif dengan memantau keteguhan peralatan dan prestasi lif selama 24/7 pada masa nyata. Maklumat tersedia serta merta untuk pasukan pengurusan bangunan dan juruteknik servis melalui portal dan aplikasi bagi memberikan keterlihatan kepada portfolio lif mereka dan mengurus prestasi dengan lebih cekap.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Otis turut melengkapkan dan menservis dua pembangunan yang terkenal oleh Chin Hin Group Property – Menara Solarvest di Bangsar South, yang menampilkan suite gaya hidup dan Residensi Andalan di Bukit Jalil, sebuah projek kediaman.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan Otis, kunjungi www.otis.com.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top