Umum

PAC beri 3 bulan HRDCorp kemukan laporan tindakan susulan

Gambar Hiasan

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh selama 3 bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.

Menurut Pengerusi PAC Mas Ermieyati Samsudin, tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan minggu lepas.

Dalam sidang media di bangunan Parlimen, beliau berkata “sebab kita baru bentangkan pada minggu lepas, jadi kita kena tunggu selama tiga bulan.

“Kita akan panggil mereka untuk buat laporan tindakan susulan terhadap syor yang telah dikemukakan oleh pihak PAC.”

Terdahulu, PAC mendedahkan, HRD Corp menggunakan sejumlah RM3.77 bilion levi yang dikutip daripada majikan untuk program pembangunan latihan bagi membuat beberapa pelaburan berbeza.

PAC mendapati levi yang dikutip menunjukkan peningkatan ketara daripada RM475 juta pada 2020 kepada RM2.134 bilion pada 2023.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top