Business

Pameran Food & Drinks Malaysia Anjuran SIAL Network 2024 Pemangkin Inovasi dan Kerjasama dalam Industri Makanan Asia Tenggara

Food & Drinks Malaysia oleh SIAL Network 2024 (FDM 2024) tahun ini dilancarkan oleh YB Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Perladangan & Komoditi, yang diiringi oleh YB Datuk Phoong Jin Zhe, Menteri Pembangunan Perindustrian & Keusahawanan Negeri Sabah.

FDM 2024 sekali lagi terbukti menjadi acara penting untuk industri makanan dengan menyediakan platform global bagi para pemilik perniagaan, peneraju industri dan penginovasi untuk mempamerkan dan menemui produk dan teknologi yang terkini.

Bertemakan Inspire Food Business, FDM tahun ini bukan sahaja memberi inspirasi idea, tetapi juga memacu dan mempercepatkan inovasi dan kerjasama dalam industri.

Salon International de l’alimentation Network, atau biasa dikenali dengan singkatan bahasa Perancis SIAL (disebut sebagai sai-uhl) Network, merupakan jenama utama di bawah Comexposium.

Dengan ibu pejabatnya yang berpangkalan di Perancis, Comexposium adalah salah satu penganjur acara terkemuka di seluruh dunia. Pameran perdagangan seperti FDM memacu inovasi dalam industri makanan dengan fungsinya sebagai hab untuk trend terkini, maklumat pasaran dan risikan industri.

Acara ini menyediakan platform untuk saling bertukar ilmu, membina rangkaian dan mempamerkan produk baharu di samping mempercepatkan penggunaan amalan dan teknologi inovatif untuk memenuhi permintaan pengguna yang semakin berkembang.

Pengarah Comexposium Asia Pasifik, Henri Tan, menjelaskan bahawa Food & Drinks Malaysia oleh SIAL bertujuan untuk menjadi pemangkin kepada usahawan dan syarikat permulaan tempatan dan serantau untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam pasaran makanan global.

“Dengan mempamerkan produk inovatif, memudahkan peluang rangkaian, dan memupuk kerjasama, kami mencipta platform yang memperkasakan usahawan dan syarikat permulaan untuk mengembangkan jangkauan dan pengaruh mereka, mengakses ke pasaran baru, dan berhubung dengan rakan kongsi dan pelabur berpotensi.”

Ditubuhkan di Perancis pada tahun 1964, Rangkaian SIAL dikenali sebagai The Global Food Marketplace, menghubungkan dan memudahkan perniagaan dalam komuniti makanan tahap antarabangsa.

Mengimbas ulang tahun ke-60 SIAL pada tahun ini, Pengarah Urusan SIAL Network Nicolas Trentesaux, berkata, “Edisi kedua FDM oleh SIAL merangkumi tema kami bertajuk “Inspire Food Business”. Untuk meraikan tahun ke-60, acara di Malaysia mempamerkan pelbagai pempamer dan produk inovatif, yang menetapkan penanda aras industri baharu. Ia memberi inspirasi untuk menyaksikan kerjasama dan kemajuan yang didorong oleh platform global ini.

Dalam memandang ke masa depan, Trentesaux menambah, “Tahun depan, kami teruja untuk memperkenalkan Anugerah Inovasi SIAL yang berprestij kepada Malaysia, seterusnya memacu inovasi makanan dan kecemerlangan di rantau ini.”

Pameran itu juga menampilkan pelbagai aktiviti penting, termasuk —

1. Global Culinary Challenge Malaysia (GCCM) ke-3, yang menyaksikan sehingga 300 orang chef dari negara jiran yang menyertai pertandingan tersebut.

2. Forum Halal FDM 2024 menampilkan pembentangan dan perbincangan panel mengenai piawaian pensijilan halal, kerjasama strategik dalam perniagaan import-eksport halal dan penjenamaan pemasaran Halal secara inovatif.

3. Persidangan dua hari bertemakan Future Food Frontier: Transforming Tomorrow’s Food & Agriculture’ oleh Impact Circle, di mana pemimpin industri dan pihak berkepentingan berkumpul untuk meneroka inovasi yang membentuk masa depan makanan dan pertanian, daripada pertanian mampan kepada teknologi baharu.

Edisi kedua FDM oleh SIAL 2024 disokong oleh Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB), aT Korea (Korea Agro-Fisheries & Food Trade Corporation), analisis data dan agensi penyelidikan GlobalData, dan Sin Chew Daily sebagai Rakan Media Rasmi.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top