Business

Pameran Hadiah Malaysia 2025 Menyambut Ulang Tahun ke-15

Pameran Hadiah Malaysia 2025 akan meraikan edisi yang ke-15 pada tahun 2025, pencapaian berprestij di mana Upacara Pelancaran Rasmi pada tarikh 15 April 2025, serta Cabutan Mengundi Tapak Pameran akan turut diadakan.

Dianjurkan oleh Persatuan Hadiah & Cenderamata Malaysia (MGPA), Pameran Hadiah Malaysia 2025 ini akan menjadi edisi paling transformatif setakat ini, dengan tema, “Inovasi Berterusan, Hadiah untuk Masa Hadapan.” Edisi kali ini akan menampilkan trend terkini, inovasi produk mesra alam, serta peluang perniagaan menarik dalam industri hadiah dan premium.

Pameran Hadiah Malaysia 2025 ini akan diadakan dari 24 hingga 26 Jun 2025 (Selesa – Khamis) di Pusat Konvensyen KLCC, Dewan 1 hingga Dewan 3, dari pukul 10 pagi hingga 6 petang. Pameran Hadiah Malaysia ke-15  akan berlangsung selama tiga hari dan dijangka akan menarik lebih daripada 15,000 pengunjung dari seluruh rantau ASEAN, termasuk pembeli korporat terkemuka, pemimpin industri, dan pembuat keputusan utama.

Edisi ke-15 yang bersejarah ini akan menampilkan lebih daripada 300 gerai, mempamerkan lebih daripada 50,000 idea pemberian hadiah yang unik, termasuk pembungkusan mampan, barangan mesra alam, hadiah korporat dan produk yang direka khas, beg anggun bergaya, pakaian, trofi, cenderamata, dan teknologi percetakan terkini. Pameran ini terus menjadi platform yang penting bagi perniagaan untuk menonjolkan produk terbaru, mengembangkan rangkaian, dan kekal di hadapan trend industri. Ia juga telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai Pameran Hadiah Yang Terbesar di Malaysia.

“Sepanjang 15 tahun lepas, Pameran Hadiah Malaysia telah berkembang daripada acara perdagangan tempatan pada tahun 2009 menjadi pameran hadiah terbesar dan paling berpengaruh di rantau ASEAN,”  ujar Encik Ivan Loo, Presiden MGPA. “Tahun ini, kami akan terus meneroka batas baru dengan mempromosikan inovasi mampan dan menerapkan prinsip ESG dalam industri hadiah dan premium.”

Beliau juga  merakamkan penghargaan kepada pameran, penaja, dan pihak berkepentingan yang telah menyokong pameran ini sepanjang perjalanannya. “Bersama-sama, kami berhasrat menjadikan edisi ke-15 ini sebagai edisi yang paling berimpak dan berfikiran maju setakat ini.”

Merujuk kepada permintaan yang semakin meningkat untuk penyelesaian yang mesra alam, acara tahun ini akan menekankan bahan yang diperoleh secara beretika dan reka bentuk produk yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar—sekaligus  menjadikan pameran ini peneraju dalam hadiah hijau dan mesra alam.

Encik Alex Chai, Pengerusi Penganjur Pameran Hadiah 2025, menambah “Pameran Hadiah Malaysia 2025 ini bukan sekadar satu pencapaian; ia mewakili satu gerakan ke arah pemberian hadiah yang bertanggungjawab dan mampan untuk masa depan.”

Selain itu, kami juga ingin mengumumkan bahawa Pameran Hadiah Malaysia ke-16, yang dijadualkan berlangsung dari 30 Jun hingga 2 Julai 2026, akan ditambah keluasan menjadi sebanyak empat dewan, dari Dewan 1 hingga Dewan 4 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), yang boleh memuatkan sehingga 400 pempamer, dengan itu bakal menyediakan lebih banyak ruang untuk pameran dan peluang perniagaan.”

Dengan penyertaan dari Malaysia, Singapura, Hong Kong SAR, Taiwan, Korea Selatan, India, Bangladesh, dan lain-lain, Pameran Hadiah Malaysia 2025 akan terus memperkukuh peranan negara sebagai hab utama ASEAN untuk pasaran hadiah dan premium.

Upacara Pelancaran Rasmi dan Cabutan Mengundi Tapak Pameran dijangka akan menjadi permulaan penting bagi acara bersejarah ini. Semua pelawat perniagaan dijemput untuk menyertai sambutan penuh unsur kreativiti, hubungan dan jalinan perniagaan, serta kemajuan mampan yang cukup bersejarah ini.

Maklumat lanjut: www.malaysiagiftsfair.com.my

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top