Gaya Hidup

Panasonic Beauty Perkenal Pengering Rambut nanocare Baharu

Panasonic memperkenalkan EH-NA9M, alat kecantikan dambaan sebenar, diperhebat dengan teknologi popular nanoe™ dan tambahan kuasa ion mineral untuk mencegah kekeringan rambut dan kulit kepala melalui penghidratan kutikel rambut daripada lapisan dalam hingga ke luar, melicinkan rambut dan melindunginya daripada kerosakan akibat menyikat dan sinaran UV.

Untuk mereka yang gemar melancong, EH-NA7M memberikan manfaat nanoe yang sama melalui reka bentuk anggun dan boleh lipat, ideal untuk penggayaan pantas.

Pilih antara Noble Grey dan Noble Beige yang bergaya untuk EH-NA9M atau dapatkan rona ceria Moist Grey dan Moist Pink untuk EH-NA7M. Rambut anda akan terasa dan kelihatan lebih hebat!

Pengering Rambut nanocare baharu EH-NA9M

Memperkenalkan Pengering Rambut EH-NA9M —alatan mantap yang bukan sekadar mengeringkan rambut dan kulit kepala malahan turut merawatnya dengan penuh cermat. Dimanfaatkan dengan teknologi hebat ion mineral dan nanoe™ Panasonic Beauty, pengering rambut ini menghidratkan rambut daripada lapisan dalam, mengunci kelembapan di kutikel dan mengukuhkannya untuk melindungi daripada kerosakan akibat geseran semasa menyikat dan sinaran UV yang berbahaya.

Tetapi bukan itu sahaja keistimewaannya. EH-NA9M menawarkan empat mod yang boleh disesuaikan — Mod Bergilir Panas & Sejuk, Mod Penjagaan Hujung Rambut, Mod Penjagaan Kulit, dan juga Mod Penjagaan Kulit Kepala — nanoe™ membantu menjaga kesihatan kulit kepala dengan melembapkan dan mencegah kekeringan serta kelemumur.

Untuk perlindungan ekstra, teknologi pengesan pintar memantau suhu angin dan bilik, mencegah haba yang berlebihan dan meminimalkan kerosakan. Evolusi reka bentuk Panasonic Beauty yang teliti mencerminkan teknologi inovatif nanoe™ yang menampilkan estetika anggun dalam rona lembut kuning air dan kelabu yang memberi rasa mewah. Pengering rambut ini bukan sahaja memanjakan rambut tetapi juga mudah disesuaikan ke dalam rutin kecantikan harian, memberikan kualiti profesional terus dari rumah.

Pengering rambut baharu nanocare EH-NA7M

Kenali EH-NA7M, inovasi terbaharu Panasonic yang menggabungkan kuasa teknologi nanoe™ dengan reka bentuk kompak boleh lipat —ideal untuk penjimatan ruang di kamar mandi atau untuk diselitkan dengan mudah ke dalam beg kembara. Terdapat dalam rona manis kelabu dan merah jambu, ianya pengering rambut yang cekap dan menawan.

 

Ciri-ciri Unik Untuk Pengeringan Lebih Pantas

Apa yang membezakan kedua-dua model ini ialah kecekapan aliran udaranya yang telah dipertingkat, direka untuk mempercepatkan proses pengeringan dengan berkesan. Dengan peningkatan tekanan udara dan volum daripada model terdahulu, kini boleh mengeringkan rambut dengan lebih pantas dan efektif. Muncung tumpu yang terbina dalam memastikan aliran udara yang berfokus dan sekata, meleraikan kekusutan rambut lembap dengan mudah untuk mendapatkan kemasan sempurna dengan segera. Samada gaya rambut yang anggun atau hanya mengeringkan rambut sahaja, aliran udara yang lebar dan lembut ini cukup sempurna untuk ketepatan penggayaan dan kegunaan harian.

Serlah Kecantikan Semulajadi dengan Pengering Rambut Nanocare Panasonic Beauty

Rangkaian Pengering Rambut nanocare Panasonic Beauty direka untuk mencerminkan Falsafah Jenama — komitmen untuk menyerlahkan seri semula jadi. Falsafah ini bersandarkan pada dua pinsip teras: Keberkesanan yang terbukti melalui sains dan teknologi dan gabungan kualiti serta seni pembuatan Jepun. Produk canggih Panasonic Beauty dibangunkan menggunakan inovasi saintifik dan kepintaran pakar, yang turut diinspirasikan oleh penghargaan mendalam Jepun pada keindahan, keharmonian dan keseimbangan. Dengan nilai-nilai ini sebagai panduan, pengering rambut EH-NA9M dan EH-NA7M direka untuk berfungsi lebih daripada mengeringkan  rambut — ia turut merawat, menjadikannya lebih sihat dan lebih menawan.

Sejak melancarkan pengering rambut pertama pada tahun 1937, diikuti pelancaran rangkaian produk nanocare pada tahun 2005, Panasonic mendahului inovasi penjagaan rambut selama hampir seabad. Sebagai jenama penjagaan rambut terkemuka di Jepun selama 12 tahun, dengan rekod jualan sebanyak 20 juta terjual di serata dunia, pengering rambut nanocare Panasonic Beauty popular dengan teknologi nanoe™ yang unik. Teknologi peneraju ini menggunakan partikel kaya lembapan untuk meresap jauh ke dalam rambut, menyuburkan kutikel dan memberikan kemasan yang berkilau. Selepas penambahbaikan selama dua dekad, pengering rambut EH-NA9M dan EH-NA7M kekal menjadi penanda aras untuk penjagaan rambut, menggabungkan sains dan kecantikan untuk menyerlahkan potensi sebenar rambut.

PALING POPULAR

To Top