Umum

Pas Perjalanan Tanpa Had RapidKL My30 Bakal Digantikan Dengan My50

Pas perjalanan tanpa had RapidKL My50 bakal berkuatkuasa mulai 1 Januari 2022.

Baru-baru ini pihak Rapid KL telah mengumumkan penawaran pas perjalanan tanpa had ‘My30’ akan ditamatkan pada 31 Disember ini.

Menurut Menteri Pengangkutan, Dato’ Sri Ir. Wee Ka Siong, pengenalan pas perjalanan ‘My50’ ini adalah bukti bahawa Kerajaan amat prihatin dengan kebajikan dan kesejahteraan rakyat khususnya dalam keadaan mencabar sekarang selaras dengan aspirasi ‘Keluarga Malaysia’.

Perkara itu, mengundang rasa kecewa kepada orang ramai yang rata-rata sudah lama menggunakan ‘My30. Ini kerana pas perjalanan tanpa had ‘My30’ yang disediakan oleh Rapid KL telah banyak membantu menjimatkan perbelanjaan bulanan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan mereka.

Penukaran ‘My50’ ini memberi impak yang besar kerana peningkatan tersebut sedikit sebanyak telah memberikan kesan terhadap kewangan orang ramai.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top